Mufti Wilayah tulis surat terbuka kepada pengarah Isteri Untuk Di Sewa

 

KUALA LUMPUR: Status Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman sosial Facebook beliau tengah hari semalam berhubung sedang menulis surat terbuka kepada pengarah drama Isteri Untuk Di Sewa, Osman Ali menarik perhatian netizen.

Beliau dalam status berkenaan menyatakan surat berkenaan ditulis berikutan menerima beberapa isu berhubung isu fiqh drama yang ditonton kelmarin.

“Semalam setelah selesai solat Isyak, saya sengaja mengambil peluang menonton drama Isteri Untuk Disewa.

“Ada mustafti yang bertanya beberapa isu fiqh dalam drama ini. Insya Allah, saya sedang menyiapkan surat terbuka kepada pengarah drama ini,” katanya memetik status dalam FB rasmi beliau.

Drama adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd arahan Osman Ali disiarkan menerusi saluran Astro Gempak.

Ia menggandingkan lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.

Mengikut sinopsis, drama itu mengisahkan Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak.

Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan.

Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga.

Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tempat Nur bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut menaruh hati pada Nur.

Keempat lelaki ini melamar Nur, untuk dijadikan suami. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts