MUIP peruntuk lebih RM10 juta bantuan sempena Ramadan

 

PEKAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan lebih RM10 juta sebagai bantuan kepada golongan memerlukan dan sumbangan Ihya Ramadan Masjid tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, daripada jumlah itu, RM4.6 juta disediakan untuk bantuan menyambut hari raya kepada 11,151 penerima dalam kalangan fakir dan miskin.

Menurutnya, RM1.8 juta disediakan untuk bantuan sama kepada 10,501 golongan mualaf di negeri ini.

“Bagi sumbangan Ihya Ramadan Masjid tahun ini, MUIP menyediakan peruntukan keseluruhan RM3.5 juta untuk diagihkan kepada masjid dan surau seluruh negeri dengan jumlah sumbangan mengikut kategori.

“RM50,000 akan disumbangkan kepada Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, RM260,000 kepada 26 masjid daerah, RM2.7 juta untuk diagihkan kepada 553 masjid kariah dan RM430,000 kepada 86 surau Jumaat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman kadar zakat fitrah 2021 bagi negeri Pahang, di sini pada Rabu.

Ahmad Hairi berkata, tahun lalu, MUIP memperuntukkan RM6.6 juta untuk bantuan menyambut hari raya kepada fakir miskin dan mualaf melibatkan 34,115 penerima.

“Pada Ramadan tahun lalu ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada peruntukan disediakan untuk sumbangan Ihya Ramadan Masjid.

“Namun pada 2019, sebanyak RM3.3 juta disediakan bagi tujuan itu melibatkan 632 masjid dan surau seluruh negeri,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts