`Musnah’ hiasan tradisional, penderaan mental Uyghur

 

PIHAK berkuasa wilayah autonomi Xinjiang telah mengarahkan penduduk etnik Islam Uyghur supaya `memodenkan’ hiasan dalaman rumah mereka dengan membuang segala bentuk perhiasan tradisional.

Sejak beberapa bulan lalu, pihak berkuasa giat mempromosikan kempen dikenali sebagai Sanxin Huodong atau Three News bagi memaksa etnik berkenaan dan penduduk Islam lain melupakan amalan tradisi mereka.

Jika selama ini permaidani dan bantal dijadikan sebagai hiasan dalaman rumah, dan kini pihak berkuasa mahu mereka menggunakan perabot seperti sofa, katil dan meja.

Pihak berkuasa Xinjiang memperuntukkan dana yang besar bagi memodenkan rumah-rumah penduduk terbabit sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk `memusnahkan’ elemen kebudayaan etnik Uyghur.

Bagi sesiapa yang enggan mengikuti arahan berkenaan, mereka akan dilabelkan sebagai pelampau agama.

Selain itu, mereka juga berkemungkinan besar bakal di tempatkan di kem tahanan, yang ketika ini dipercayai menempatkan hampir 1.8 etnik Uyghur dan umat Islam lain sejak tahun 2018.

 

 

Hakikat tersirat daripada usaha ini adalah bagi memajukan perniagaan perabot yang kini diusahakan oleh usahawan etnik Han.

Sementara itu, usaha RFA Perkhidmatan Uyghur untuk mendapatkan maklum balas dari penjawat awam etnik tersebut berkenaan ketetapan itu tidak berhasil kerana mereka enggan memberi sebarang ulasan.

Bagaimanapun, mereka berhasil mendapatkan reaksi dalam kalangan penduduk yang nyata kecewa kerana terpaksa melupakan amalan tradisional demi memenuhi kehendak pihak berkuasa.

“Three News bermaksud mula-mula masukkan sofa, kemudian katil sebelum meja atau meja belajar untuk anak-anak, kebiasaannya penduduk akan meletakkan permaidani atau bantal sebagai hiasan,” kata penduduk yang enggan dikenali.

Penduduk di perkampungan Yengisheher memberitahu, bahawa hampir 80 peratus daripada penduduk telah mematuhi arahan tersebut.

Beginilah nasib penduduk Islam Uyghur yang kini berdepan tekanan mental untuk terpaksa meninggalkan amalan tradisional bagi mengelakkan diri dari digelar pelampau agama. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts