Negara merdeka dipimpin anak watan ada jati diri

 

MALAYSIA tanah airku, negara yang merdeka

Negara yang merdeka menentukan masa depannya sendiri tanpa terikat dengan kerangka perancangan yahudi Zionis dan Freemason.

Negara yang merdeka dipimpin oleh anak watannya yang memiliki jati diri dan tidak diasuh oleh tangan penjajah.

Negara yang merdeka memiliki perundangan yang luhur berteraskan Islam dan adat resam Melayu bersih daripada pengaruh asing dan budaya luar.

Negara yang merdeka itu berdaulat seluruh tanah dan sempadan daripada sebarang bentuk ancaman musuh yang mahu menganggu gugatnya.

Negara yang merdeka tegas berprinsip dalam sebarang pendiriannya tanpa perlu takut kepada mana-mana kuasa asing.

Negara yang merdeka berasa mulia dan bangga dengan identiti Islam, Melayu dan Raja dan berani mempertahankannya sehingga titisan darah terakhir.

Negara yang merdeka membina semula paksi kekuatannya untuk membangunkan peradaban Islam yang unggul.

Negara yang merdeka menjadi pelopor kegemilangan Islam ke seluruh pelusuk dunia dan mengembalikan ketuanan syarak di atas muka bumi ini.

Salam perjuangan kepada semua pejuang kemerdekaan yang akan memikul segala kesusahan bagi menjayakan cita-cita yang besar ini.

Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts