NGO tuntut keadilan jenayah gas sarin di Syria

 

DAMSYIK – Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak mengemukakan aduan jenayah kepada pihak pengadilan Jerman, susulan serangan gas sarin di Syria beberapa tahun lalu.

Aduan itu bagi memastikan rejim Presiden Bashar al-Assad bertanggungjawab sepenuhnya atas penggunaan senjata kimia itu.

Inisiatif Keadilan, Pusat Media dan Kebebasan Bersuara Syria dan Arkib Syria menyerahkan dokumen bukti bagi pihak mangsa kepada Pendakwa Raya Persekutuan Jerman di Karlsruhe pada Isnin.

Penyiasatan bersama dalam tempoh dua tahun memfokuskan kepada dua serangan senjata kimia terburuk dalam tempoh satu dekad.

Penggunaan gas sarin di luar bandar Damsyik, Ghouta pada 2013 mengorbankan lebih 1,500 nyawa manakala serangan sama pada 2017 di perkampungan Khan Sheikhun mengorbankan kira-kira 100 orang.

April lalu, pelarian Syria menuntut keadilan undang-undang supaya individu yang melakukan jenayah kemanusiaan dikenakan hukuman setimpal.

Berdasarkan bukti yang berjaya diseludup keluar oleh jurugambar rejim dikenali dengan nama Caesar pada Ogos 2013, ia mendedahkan 53,275 gambar dari Syria yang membolehkan dunia melihat serta mengenal pasti kenalan atau ahli keluarga mereka.

Pada 2015, Human Rights Watch (HRW) menerima set lengkap gambar dari sebuah parti politik antipemerintah Syria, Gerakan Nasional Syria yang diperoleh dari Caesar.

Gambar-gambar berkenaan memaparkan bukti jelas kekejaman rejim Syria terhadap kemanusiaan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts