Bunuh diri: Masyarakat digesa ganda keprihatinan

 

IPOH – Jabatan Mufti Perak menggesa masyarakat supaya menggandakan keprihatinan dan sensitif kepada sebarang perubahan yang berlaku kepada anggota keluarga, jiran dan rakan-rakan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, usaha itu perlu dilakukan susulan kes bunuh diri dalam kalangan rakyat negara ini yang sangat membimbangkan ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, komuniti masjid dan kejiranan juga perlu proaktif untuk memastikan ahli di dalam kawasan kejiranan mereka tidak berdepan masalah ketika tempoh ini.

“Bantu dengan meringankan bebanan mereka dan salurkan maklumat mereka kepada pihak yang boleh menyalurkan bantuan jika perlu.

“Jangan biarkan mereka tidak terbela dan tidak dibantu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan digesa tangani kes bunuh diri: PUM

Sementara itu, Jabatan Mufti Perak menjelaskan bahawa hukum membunuh diri adalah haram berdasarkan firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah, ayat 195.

Bagaimanapun, Islam mempunyai beberapa pendekatan dalam menangani tekanan dan masalah.

Antara yang boleh dilakukan termasuklah memohon bantuan dan pertolongan ALLAH dengan kesabaran serta mengerjakan solat.

Katanya, semua ujian dan masalah yang dihadapi adalah untuk menguji kesabaran manusia.- Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts