Pemimpin Arab jangan takut batal perjanjian dengan Yahudi

BANGI– Pemimpin Arab dan Islam seluruh dunia dilihat seolah-olah membiarkan saudara seislam mereka di Gaza dibunuh dan diseksa dengan kejam.

Lebih mengecewakan apabila pihak tersebut berdiam diri kerana menyangka Yahudi berkuasa untuk mengekalkan atau menjatuhkan mereka.

Atas sebab itu, Penasihat Hubungan Antarabangsa ISMA, Ustaz Sharipudin Ab Kadir mengingatkan Allah kuasa yang paling agung malah Maha Berkuasa menjatuhkan dan mengekalkan mereka.

“Jangan takut dengan perjanjian yang telah kamu meteraikan dengan Yahudi dalam perdagangan dan lain-lain. Lalu kamu takut untuk membatalkannya sedangkan Yahudi terkenal dengan kaum yang suka langgar perjanjian.

“Adakah sudah cukup dengan kamu mengutuk Yahudi sekeras-kerasnya bahawa tanggungjawab kamu telah selesai dihadapan Allah. Cukuplah kamu berlakon dihadapan ummah yang melihat tindakan kamu. Ummah tidak sebodoh yang kamu jangkakan.

“Kamu menipu Allah dalam sujud. Kamu menipu Allah dalam ibadah kamu. Ibadah kamu adalah ibadah mainan yang sia-sia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ustaz Sharipudin berkata demikian mengulas mengenai tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengugut pemimpin Arab supaya tidak masuk campur dalam menyuarakan isu konflik Palestin-Israel.

Terdahulu, Netanyahu dilaporkan berkata, kepentingan negara Arab akan terus dipelihara jika mereka mengambil pendekatan berdiam diri.

Ustaz Sharipudin mengingatkan bahawa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia sudah mengeluarkan fatwa yang mewajibkan campur tangan tentera dalam kalangan negara Islam untuk menghalang Israel menghancurkan Gaza.

Pun begitu, beliau kesal kerana masih belum nampak pihak yang mengambil langkah sedemikian.

“Di mana mereka. Adakah tentera kamu sedang bersenang-lenang di kem-kem yang kamu sediakan. Nama tentera tetapi diajar untuk jadi pengecut. Gah dengan pakaian tetapi hanya kain buruk yang usang.

“Gagah berkawad tetapi tulangnya reput. Gempita berikrar gagah perkasa tetapi rupanya ibarat suara katak panggil hujan,” sindirnya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts