Pengakuan zina zaman Rasulullah kerana ingin bertaubat, takutkan Allah

 

1. Di zaman Rasulullah dahulu, terdapat beberapa wanita yang datang mendedahkan perlakuan zina mereka. Mereka datang kerana takutkan Allah, mereka ingin bertaubat serta membersihkan diri mereka. Hari ini manusia sudah hilang pertimbangan, mengaku berada di atas ranjang atas tujuan yang aneh. Mendedahkan aib lawan politiknya dalam persaingan kuasa.

2. Inilah fitnah yang amat dibimbangi oleh Rasulullah. Fitnah yang lebih dahsyat dari Dajjal. Dalam sebuah hadith, Abu Zar pernah menceritakan bahawa beliau berjalan dengan Rasulullah. Lalu Rasulullah bersabda:

لَغَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَى أُمَّتِي

“Ada satu fitnah yang lebih menakutkan aku dari fitnah Dajjal.”

3. Rasulullah mengulangi perkara ini sebanyak tiga kali. Lalu Abu Zar pun bertanya:

يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا هَذَا الَّذِي غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُكَ عَلَى أُمَّتِكَ ؟ قَالَ : ( أَئِمَّةً مُضِلِّينَ )

“Wahai Rasulullah, fitnah apakah yang engkau lebih takut dari Dajjal? Rasulullah lalu bersabda: Para pemimpin yang menyesatkan!” (HR Ahmad)

4. Biar pun hadith ini dinilai lemah (daif) oleh sebahagian pengkritik hadith, terdapat satu hadith yang hampir sama mengingatkan kita tentang perkara ini. Sabda Rasulullah:

إِنَّمَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي الْأَئِمَّةَ الْمُضِلِّينَ

“Sesungguhnya aku bimbang ke atas umat aku akan ujian pemimpin yang menyesatkan.” (HR Abu Daud, dinilai Sahih oleh al-Albani)

5. Ketika menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pemimpin yang menyesatkan itu lebih membimbangkan dari Dajjal. Kata beliau:

أَنَّ الْأَشْيَاءَ الَّتِي أَخَافُهَا عَلَى أُمَّتِي ، أَحَقُّهَا بِأَنْ تُخَافَ : الْأَئِمَّةُ الْمُضِلُّونَ

“Dalam perkara-perkara yang Rasulullah takuti akan menimpa ke atas umatnya adalah yang paling utama sekali pemimpin yang menyesatkan.” (al-Nawawi Sharh Muslim)

6. Sheikh Ibn Uthamin menjelaskan bahawa pemimpin yang menyesatkan itu termasuklah kumpulan kepimpinan dari penganut Jahmiyyah dan Muktazilah. Hari ini, terdapat juga pemikiran muktazilah yang mirip dengan pemikiran Liberal Sekular yang diangkat oleh Muslim sendiri.

7. Atas dasar itu pemilihan kepimpinan Muslim bukan perkara yang kecil. Ia adalah pemilihan bagi memelihara agama. Tersilap dalam memilih kepimpinan akan membawa fitnah yang lebih dahsyat dari Dajjal.

Moga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts