Pengerusi UMMAH jawab tuduhan Majlis Gereja Malaysia

 

BANGI – Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, kenyataan mengenai liberalisme dan Kristianisasi yang didakwa memberi ancaman kepada Islam adalah berfakta dan tidak dibuat secara semborono.

Sebelum ini, Haji Aminuddin dalam Konvensyen Perpaduan UMMAH menyatakan, gerakan Kristian Evangelis kini berdakyah secara terang-terangan, yang mana mereka sudah tidak lagi segan silu untuk menyebarkan risalah dari rumah ke rumah, walaupun bertentangan dengan Perlembagaan.

Katanya, dengan bersenjatakan wang dan kekuatan ekonomi, mereka memberikan bantuan kewangan kepada orang Islam yang kesempitan.

“Begitu juga, liberalisasi menjadi ancaman utama umat Islam. Gerakan yang dipelopori oleh orientalis Barat ini sedang melebarkan fahaman mereka di kalangan umat Islam sehingga kini makin dipercayai dan dilihat sebagai fahaman Islam progresif,” katanya.

Sebaliknya, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia (CCM) Hermen Shastri hari ini menuduh Haji Aminuddin cuba menakut-nakutkan umat Islam agar melihat orang Kristian sebagai musuh.

 

 

“Ia hanya menunjukkan bahawa Ummah bankrap idea-idea dan oleh itu, merasakan perlu menggunakan taktik sedemikian untuk memecahkan negara kita dan menimbulkan ketakutan antara agama,” katanya.

Menyelar kembali kenyataan Hermen, Haji Aminuddin berkata, beliau bercakap berdasarkan fakta dan realiti yang berlaku di akar umbi masyarakat di Malaysia.

Katanya, apa yang dinyatakan merujuk kepada laporan ‘Pendedahan Agenda Kristian’ terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014 setebal 129 muka surat.

“Bukan itu sahaja, banyak lagi bukti kristianisasi yang kita boleh dapati dengan mudah di internet terutamanya dari laman-laman web kristian evengelis antarabangsa yang mempunyai ‘special interest’ dan ‘special project’ di Malaysia.

“Selain itu, penulis antarabangsa Iain Buchanan ada menulis secara spesifik di dalam bukunya ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’ mengenai Dominionisme dan Zionisme Kristian di Malaysia.

“Harap ini membuka mata semua pihak dan menyedari bahawa semua ini sedang berlaku di Malaysia,” katanya. – Ismaweb

Muat turun laporan MAIS:
http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/penerbitan/muat-turun/34-buku-pendedahan-agenda-kristian-completed/file

Rancangan The Joshua Project di Malaysia:
joshuaproject.net/countries/MY

Muat turun e-buku:
https://akarimomar.files.wordpress.com/2015/02/sang-nila-utama-and-the-lion-of-judah.pdf

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Gerakan dan rancangan jahat mereka memang dirancang begitu rapi cuma umat islam yg selalu alpa dan lalai. semoga pendakwah pendakwah akan terus berdakwah dan tidak berputus asa. Bantu umat islam sehingga ketitisan darah terakhir sehingga hancur gerakan mereka.
    Kembalikan kekuasaan islam dibumi malaysia bukan dap penaung kristianisasi dan pkr penaung liberalisma dan lgbt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts