Pengganas Israel terbukti lakukan jenayah perang di Gaza

 

BAITULMAQDIS– Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendakwa tentera negara pengganas Israel melakukan serangan yang ‘nyata jenayah perang’ dalam serangan 11 hari di Semenanjung Gaza yang bermula pada 10 Mei lalu.

Organisasi hak asasi manusia antarabangsa itu mengeluarkan kesimpulannya hari ini selepas menyiasat tiga serangan udara Israel yang dikatakan membunuh 62 orang awam Palestin.

Ia menyimpulkan bahawa ‘tidak ada sasaran ketenteraan yang jelas di sekitarnya’ berhubung serangan itu.

Laporan itu memfokuskan pada tindakan Israel ketika serangan, dan kumpulan itu menyatakan akan mengeluarkan laporan berasingan mengenai tindakan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan kumpulan bersenjata Palestin yang lain pada bulan Ogos.

“Pasukan Israel melakukan serangan di Gaza pada bulan Mei yang menghancurkan seluruh keluarga tanpa ada sasaran tentera yang jelas berhampirannya,” kata Pengarah krisis dan konflik HRW, Gerry Simpson, di laman web organisasi itu.

Tidak ada reaksi segera terhadap laporan itu oleh tentera Israel, yang berulang kali kononnya mengatakan serangan ditujukan kepada sasaran ketenteraan di Gaza. – Agensi

Total
25
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts