Penyatuan umat dalam keadaan membimbangkan: Sultan Kedah

 

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa dukacita berikutan penggunaan media sosial secara tidak berhemah telah meretakkan silaturahim dan menimbulkan prasangka yang seringkali berakhir dengan pertelingkahan.

Titah baginda, berikutan faktor perkembangan globalisasi dan kemodenan itu, penyatuan umat yang sekian lama mewujudkan suasana harmoni di negara ini, kini berada dalam keadaan membimbangkan.

“Oleh itu, para pemimpin perlulah bijak dalam membimbing rakyat bagi mengelak sikap sangsi dan bersangka buruk yang (akhirnya) mengakibatkan pergeseran dan perpecahan.

“Kerukunan hidup serta nikmat aman damai yang telah sekian lama disemai dan subur dalam masyarakat mestilah dipertahankan,” titah baginda semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Berangkat sama Sultanah Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.

 

 

Sultan Sallehuddin seterusnya menitahkan supaya langkah-langkah pemantauan yang ketat dilaksanakan untuk memastikan zon-zon industri di negeri ini mematuhi piawaian ditetapkan iaitu mestilah bersifat mesra alam sekaligus menjamin kelestarian alam sekitar.

Dalam hal ini, titah baginda, langah pengukuhan dan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar perlu dilaksanakan dengan tegas bagi memastikan penjenayah alam sekitar dipertanggungjawabkan.

“Dalam mengejar kemajuan, alam semula jadi janganlah diabaikan. Bumi ini mesti dijaga dengan sebaik mungkin agar kualiti persekitaran yang baik dapat dikekalkan demi kesejahteraan rakyat.

“Beta amat prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan rakyat Kedah,” titah baginda lagi. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts