Penyokong Celtic serah cek bernilai RM 980 ribu kepada rakyat Palestin

 

Penyokong Celtic derma sejumlah wang derma kepada rakyat negara tersebut.

Kutipan banyak

Penyokong Celtic derma dengan terdahulu menunjukkan sokongan mereka ketika aksi diantara Celtic dengan kelab Israel, Hapeol Beer Sheva di Celtic Park dengan mengibarkan bendera Palestin sebelum perlawanan berlangsung.

Ia menarik perhatian UEFA dan mereka mahu menghukum Celtic kerana itu.

Niat UEFA untuk menghukum Celtic itu mendapat perhatian warga Palestin. Dan mereka membuat keputusan untuk membantu kelab Scotland tersebut dengan mengutip derma untuk mengutip derma bagi membantu mereka membayar hutang UEFA.

Semalam, penyokong Celtic yang diketuai Green Brigade telah berkumpul di hadapan Celtic Park untuk satu sesi penyerahan wang derma yang ringkas.

 

 

Mereka menyerahkan sebuah cek yang berjumlah £176 ribu untuk dibahagikan kepada 2 badan kebajikan Palestin.

Dua badan tersebut adalah Lajee Refugee Centre dan juga Medical Aid for Palestine.

Dalam majlis ringkas itu juga, penyokong Celtic beramai-ramai berkumpul di hadapan Celtic Park untuk mendengar ucapan dari wakil Lajee Refugee Centre – Salah Ajarmaof.

 

 

Beliau menerangkan bagaimana pusat jagaan pelarian yang bertempat di Kem Pelarian Aida itu berfungsi.

Ia berfungsi sebagai anak-anak muda pelarian dengan pendidikan, tempat bersosial serta peluang untuk memajukan potensi diri.

Sementara bagi Medical Aid for Palestine pula adalah pusat yang menyediakan bantuan perubatan kepada pelarian-pelarian.

Sumber: https://semuanyabola.com/penyokong-celtic-derma/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts