Persepsi jahat buat pendakwah

  1. Sudah menjadi lumrah buat para pendakwah, mereka akan disekat, diancam malah dilemparkan persepsi buruk. Tindakan ini adalah bagi menyekat usaha dakwah mereka.
  2. Teknik memburukkan imej pendakwah ini telah dilalui oleh para Nabi terdahulu. Ia bertujuan bagi membunuh imej (character assassination) para pendakwah supaya manusia menjauhkan diri dari mereka.
  3. Melibatkan diri dengan pendakwah pula dikatakan kolot atau hidup dalam “buble sendiri.” Allah merekodkan perkara ini di dalam al-Quran dimana para Nabi terdahulu dipanggil “gila” (majnun), ahli sihir dan tukang tilik.
  4. Menurut al-Imam al-Tabari, isteri Nabi Lut memanggil suaminya (Nabi Lut) sebagai orang gila kerana melawan perbuatan LGBT terkutuk. Bimbang pula kita kalau hari ini melawan arus kemungkaran LGBT ini kita pula dikatakan gila. Namun, begitulah fitrahnya perjuangan Nabi Lut dahulu, melawan LGBT dipanggil gila. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan, Muassasah al-Risalah, 2000, 23/497).
  5. Nabi Nuh dan Nabi Musa dituduh gila kerana mengajak manusia kepada tauhid, menyembah Allah, Tuhan yang satu (lihat Surah al-Qamar: 9 dan al-Syu’ara: 27). Kalau dahulu tuhan-tuhan mereka adalah berhala yang megah tersergam zahir, hari ini manusia menjadikan nafsu mereka sebagai tuhan, berhala yang terpendam sulit. Mereka meninggalkan arahan Allah dengan menyembah akal liberal dan menuruti nafsu mereka. Benarlah firman Allah:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ

“Apakah kamu tidak melihat (wahai Muhammad), mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?

  1. Rasulullah pula berikan pelbagai gelaran bagi memberikan imej buruk buat Baginda. Bagi mengelakkan manusia dari mendekati Muhammad, mereka membunuh imej Baginda (character assassination) dengan menyifatkan Baginda sebagai orang gila, ahli sihir, tukang tilik dan ahli syair.
  2. Begitulah jalan dakwah. Dari zaman para Rasul lagi mereka diberikan gelaran buruk agar manusia menjauhi mereka. Ciptaan gelaraan dan lemparan persepsi buruk akan menyelubungi mereka semata-mata kerana memperjuangkan agama Allah.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berusaha memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts