Pesanan Rasulullah buat peniaga Ramadan

  1. Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Para peniaga bazar Ramadan pasti sudah bersedia dengan persiapan mereka. Menarik untuk diingatkan disini beberapa pesanan dari Bagina Nabi kepada para perniaga dan pembeli dalam bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
  2. Rasulullah ﷺ mendidik para peniaga Muslim agar bersikap jujur dan amanah. Baginda mengingatkan bahawa peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bertaqwa. Sabda Rasulullah: إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

“Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)

  1. Para sahabat tertanya-tanya, kenapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa? Lalu Rasulullah ﷺ menjawab:

وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ

“Tetapi (sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.” (HR Ahmad)

  1. Rasulullah ﷺ turut mengingatkan bahawa sekiranya mereka bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah:

الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ

“Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran. (Musnad Firdaus al-Dailami)

  1. Begitu juga dengan pembeli seharusnya menyemak dahulu harga, berbincang dengan peniaga sebelum melakukan transaksi dan menegur kepada mereka sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Sabda Rasulullah ﷺ:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إذا باعَ، وإذا اشْتَرَى

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang ketika dia berniaga dia bertimbang-rasa dan ketika dia membeli (sebagai seorang pembeli), dia juga bertimbang-rasa. (HR al-Bukhari)

  1. Pembeli juga diingatkan jangan terlalu ghairah membeli sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran. Ini kerana Allah menyifatkan orang yang membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah:

إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخْوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيْطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

  1. Dapatkan buku 40 Hadis Tentang Puasa dan Ramadan sebagai bimbingan dan tazkirah sepanjang bulan Ramadan ini di sini:

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts