Peserta Malaysia johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Moscow

SEPANG 27 SEPTEMBER 2016. Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Moscow, Rusia, Abdullah Fahmi Che Nor, 32 (tengah) menceritakan kemenangan beliau kepada wakil JAKIM ketika tiba di Lapangan Terbang Anatarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), turut keilhatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ahmad Zaki Md Nor (dua kiri) . NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

 

SEPANG, Selasa – Peserta tilawah, Abdullah Fahmi Che Nor Shukri berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-17 yang diadakan di Moscow, Rusia.

Kemenangan Abdullah Fahmi, 32, sebagai juara adalah pencapaian tertinggi diraih wakil Malaysia sejak pertandingan tersebut dianjurkan.

Naib johan pula dimenangi oleh Yusuf Abdullah dari Yaman dan tempat ketiga dirangkul peserta Bahrain, Solah Ali Umar.

Pertandingan yang diadakan pada 22 hingga 25 Sept itu disertai wakil dari 30 negara termasuk Arab Saudi, Iraq, Iran, Bahrain dan Indonesia.

Bercakap kepada pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, Abdullah Fahmi berkata kemenangan yang diraih adalah sesuatu yang di luar jangkaan beliau.

“Bagi saya saingan agak sengit terutamanya peserta dari Yaman, Bahrain, Iran, Iraq dan Turki kerana rata-rata mereka mempunyai bacaan yang bagus dari segi tajwid dan kecantikan bacaan,” katanya.

Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan juga merupakan peserta yang mendapat tempat kelima pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 yang lalu.

Abdullah Fahmi membawa pulang hadiah wang tunai US$5,000 serta plak penghargaan dan sijil penyertaan.- Bernama

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Gaza mula bermandi api

  GAZA – Beberapa jam selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa dilancarkan intifada terbaharu menentang rejim Zionis,…