PM ke-9: Beri perhatian serius isu Tanah Rizab Melayu

BANGI – Majlis Perundingan Melayu (MPM) menaruh setinggi-tinggi harapan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri ke-9 agar mengambil perhatian serius ke atas isu tanah simpanan Melayu atau Tanah Rizab Melayu (TRM).

Ketua Biro Tanah Simpanan Melayu MPM, Che Ibrahim Che Idris berkata, perhatian utama perlu diberikan oleh Perdana Menteri kepada poin kedua Wasiat Raja-raja Melayu. 

Wasiat kedua itu menyatakan: “Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,”

“Wasiat ini yang disampaikan semasa Raja-raja Melayu menurukan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5hb Ogos 1957,” katanya dalam satu kenyataan.

Che Ibrahim menegaskan, tanah adalah identiti, kedaulatan, maruah, kuasa dan ekonomi kedudukan orang Melayu serta Bumiputera sebagai warisan.

“Penduduk asal mempunyai hak hakiki di atas bumi ini, wajib dilaksana dan dipertahankan. 

“Selamat Maju Jaya kepada PM ke-9,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Elak jadi ejen Israiliyyat

  KECENDERUNGAN masa kini menyaksikan penganjuran program berbentuk keagamaan semakin mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan umat Islam. Antaranya,…