Indahnya Islam Indahnya Islam
  • UTAMA
  • KEMPEN
  • SEMASA
    • Dunia Islam
    • Hari Ini Dalam Sejarah
  • TOKOH
  • TARBIAH
  • KOLUMNIS
    • Kalam Tokoh
    • Soal Jawab Agama
    • Perkongsian Siyasah
  • INFOGRAFIK
  • MEDIA
    • Twitter
    • Facebook
    • Telegram
    • Instagram
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
  • UTAMA
  • KEMPEN
  • SEMASA
    • Dunia Islam
    • Hari Ini Dalam Sejarah
  • TOKOH
  • TARBIAH
  • KOLUMNIS
    • Kalam Tokoh
    • Soal Jawab Agama
    • Perkongsian Siyasah
  • INFOGRAFIK
  • MEDIA
    • Twitter
    • Facebook
    • Telegram
    • Instagram
Indahnya Islam Indahnya Islam
The Latest
Pintu Sempadan Rafah Dibuka Semula Secara Terhad Selepas Hampir Dua Tahun Ditutup
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
February 3, 2026
2 minute read
No comments
Isr43l Menyerbu Masjid Al-Aqsa 28 Kali dan Menghalang Azan 57 Kali di Masjid Ibrahimi Sepanjang Januari
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
February 3, 2026
2 minute read
No comments
UpScrolled: Aplikasi Diasaskan Founder P@lestin Kini Menduduki No. 1 di App Store AS
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
January 29, 2026
1 minute read
No comments
Berlin Batalkan Festival ‘Palest!n in Berlin’ Kerana Segi Tiga Merah, Disifatkan Sebagai ‘Segi Tiga HMS’
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
January 28, 2026
2 minute read
No comments
  • zakir naik
  • woldcup
  • wanita
  • uthmaniyyah
  • ustaz
  • umrah
  • turki
  • turkey
  • tinju
  • texas
  • Semasa

Rujuk permasalahan haji kepada pakar

August 23, 2017
2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0

 

MEKAH – Perihal bim­bingan ibadah haji tidak boleh menjadikan media sosial seperti YouTube atau Facebook sebagai ‘guru’, sebaliknya hendaklah di­pe­lajari daripada guru mahupun pembimbing secara nyata.

Ketua Pakar Rujuk Ibadah Haji 1438 Hijrah, Datuk Wan Mohamad Aziz berkata, dalam bab pengajian ilmu ini, seeloknya dengan cara ‘talaqqi’ atau belajar berhadapan dengan guru yang boleh dirujuk, apatah lagi dalam soal ibadah haji.

“Adalah lebih baik dan selamat kita rujuk kepada panduan dan bimbingan yang diberikan oleh kumpulan pakar dalam menyem­purnakan ibadah haji,” katanya kepada wartawan Malaysia di­ Ibu pejabat Tabung Haji, bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Katanya, pandan­g­an­ yang diberikan oleh pembimbing atau pakar dalam mana-ma­­na bab berkaitan ilmu itu telah terlebih dahulu diteliti dari semua sudut.

Tegas Wan Mohamad, pihak­nya bimbang sekiranya jemaah tidak mempunyai pendirian tetap dalam satu perkara yang dikaji atau diterima dan menerima banyak pandangan, itu boleh menyebabkan kecelaruan dalam ambilan ilmu.

“Yang paling kita takut ialah apabila sumber yang diterima itu tidak sahih dan diragui, tetapi diambil sepenuh sebagai rujukan yang dipercayai oleh jemaah haji. Itu bahaya dalam aspek pengajian ilmu.

“Kalau ambilan ilmu itu daripada mazhab yang muktabar, selamat lagi. Tetapi kita jangan lupa ada aliran yang jauh menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah,” jelasnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan semua jemaah supaya melakukan ibadah dengan sempurna.

“Mungkin kita bukan orang yang layak memilih atau mengikut pandangan disiplin ilmu, jadi adalah selamat jemaah, sama ada di Tanah Suci atau masih berada di tanah air supaya mengikut panduan yang dikeluarkan pihak pembimbing Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji),” ujar­nya.

Ditanya kaedah yang diguna pakar rujuk dalam menyelesaikan isu dan persoalan yang dibangkitkan jemaah haji, Wan Mohamad menerangkan, dalam budaya memberi fatwa, ia perlu ada disiplin.

“Kumpulan yang berkeahlian dalam bidang ini, mestilah ada sistem rujukan. Dalam konteks kita menguruskan umat Islam, kita perlu berpegang kepada satu teras.

“Dalam konteks Malaysia, kita jadikan terasnya, rujukan kepada mazhab Shafie. Kita semua maklum dalam banyak isu dan perkata, ijtihad secara berjemaah ini (dalam konteks Malaysia) dibuat bersama dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Negeri kerana mereka akan terikat dengan adab, etika dalam memberikan sesuatu fatwa.

“Cuma dalam keadaan tertentu, kita boleh mengambil atau memilih mana-mana pandangan imam mujtahid lain, asalkan dalam lingkungan mazhab yang muktabar. Itu tiada masalah,” tambahnya.

Tahun ini seramai 30,200 jemaah haji Malaysia berada di Tanah Suci bagi mengerjakan Rukun Islam kelima ini. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Pin it 0
Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Indahnya Islam
Related Posts
Read More
2 minute read
  • Kalam Tokoh
  • Semasa

Kalam ulama bukan sembang kedai kopi

Ya benar, kalam manusia memang tidak maksum. Namun guru saya beri satu kaedah, untuk difahami para umat Islam…
bynurdieyla
January 24, 2024
No comments
Read More
3 minute read
  • Semasa

Tanggungjawab kepimpinan dalam Islam

Jawatan kepimpinan yang disandang bukanlah satu keistimewaan, kelebihan atau kemegahan sebaliknya adalah suatu tanggungjawab yang sangat berat dan…
bynurdieyla
February 25, 2022
No comments
Read More
1 minute read
  • Semasa

Tulisan Jawi: Pengecualian hanya kepada rumah ibadat bukan Islam

  KUANTAN – Pengecualian arahan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di Pahang hanya untuk rumah ibadat bukan Islam,…
byadmin
November 18, 2020
No comments
Read More
2 minute read
  • Semasa

GPS lancar kempen ‘Vote Muslim First’ di PRK Tanjung Piai

  PERTAMA sekali, Gerakan Pengundi Sedar (GPS) ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid…
byadmin
September 23, 2019
No comments
Indahnya Islam Indahnya Islam
⚡ oleh Rekasawang