Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
The Latest
HMS melantik Khalil al-Hayya untuk mengantikan Y*hya Sinw*r
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
July 22, 2026
1 minute read
No comments
Adakah HMS menyerahkan pentadbiran Gza hari ini?
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
July 9, 2026
2 minute read
No comments
Sebelum Terlambat: Tanda-Tanda Anak Sedang Dibuli atau Membuli
  • Kekeluargaan
byadmin
July 7, 2026
3 minute read
No comments
Akta Antibuli 2026: Pendidikan akhlak bermula dari rumah
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
June 22, 2026
3 minute read
No comments
  • zakir naik
  • woldcup
  • wanita
  • uthmaniyyah
  • ustaz
  • umrah
  • turki
  • turkey
  • tinju
  • texas
  • Semasa

Rujuk permasalahan haji kepada pakar

August 23, 2017
2 minute read
Total
0
Shares
0
0
0

 

MEKAH – Perihal bim­bingan ibadah haji tidak boleh menjadikan media sosial seperti YouTube atau Facebook sebagai ‘guru’, sebaliknya hendaklah di­pe­lajari daripada guru mahupun pembimbing secara nyata.

Ketua Pakar Rujuk Ibadah Haji 1438 Hijrah, Datuk Wan Mohamad Aziz berkata, dalam bab pengajian ilmu ini, seeloknya dengan cara ‘talaqqi’ atau belajar berhadapan dengan guru yang boleh dirujuk, apatah lagi dalam soal ibadah haji.

“Adalah lebih baik dan selamat kita rujuk kepada panduan dan bimbingan yang diberikan oleh kumpulan pakar dalam menyem­purnakan ibadah haji,” katanya kepada wartawan Malaysia di­ Ibu pejabat Tabung Haji, bangunan Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Katanya, pandan­g­an­ yang diberikan oleh pembimbing atau pakar dalam mana-ma­­na bab berkaitan ilmu itu telah terlebih dahulu diteliti dari semua sudut.

Tegas Wan Mohamad, pihak­nya bimbang sekiranya jemaah tidak mempunyai pendirian tetap dalam satu perkara yang dikaji atau diterima dan menerima banyak pandangan, itu boleh menyebabkan kecelaruan dalam ambilan ilmu.

“Yang paling kita takut ialah apabila sumber yang diterima itu tidak sahih dan diragui, tetapi diambil sepenuh sebagai rujukan yang dipercayai oleh jemaah haji. Itu bahaya dalam aspek pengajian ilmu.

“Kalau ambilan ilmu itu daripada mazhab yang muktabar, selamat lagi. Tetapi kita jangan lupa ada aliran yang jauh menyimpang daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah,” jelasnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan semua jemaah supaya melakukan ibadah dengan sempurna.

“Mungkin kita bukan orang yang layak memilih atau mengikut pandangan disiplin ilmu, jadi adalah selamat jemaah, sama ada di Tanah Suci atau masih berada di tanah air supaya mengikut panduan yang dikeluarkan pihak pembimbing Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji),” ujar­nya.

Ditanya kaedah yang diguna pakar rujuk dalam menyelesaikan isu dan persoalan yang dibangkitkan jemaah haji, Wan Mohamad menerangkan, dalam budaya memberi fatwa, ia perlu ada disiplin.

“Kumpulan yang berkeahlian dalam bidang ini, mestilah ada sistem rujukan. Dalam konteks kita menguruskan umat Islam, kita perlu berpegang kepada satu teras.

“Dalam konteks Malaysia, kita jadikan terasnya, rujukan kepada mazhab Shafie. Kita semua maklum dalam banyak isu dan perkata, ijtihad secara berjemaah ini (dalam konteks Malaysia) dibuat bersama dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Negeri kerana mereka akan terikat dengan adab, etika dalam memberikan sesuatu fatwa.

“Cuma dalam keadaan tertentu, kita boleh mengambil atau memilih mana-mana pandangan imam mujtahid lain, asalkan dalam lingkungan mazhab yang muktabar. Itu tiada masalah,” tambahnya.

Tahun ini seramai 30,200 jemaah haji Malaysia berada di Tanah Suci bagi mengerjakan Rukun Islam kelima ini. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Share 0
Tweet 0
Pin it 0
Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Indahnya Islam
Related Posts
Read More
4 minute read
  • Semasa

Mengapa arak diharamkan?

Pengaharaman arak semenjak sekian lama diketahui umum dalam kalangan masyarakat Islam. Lebih 14 abad yang lalu sebelum kedatangan…
bynurdieyla
October 24, 2021
No comments
Read More
5 minute read
  • Semasa

Kebebasan bersuara bukan hak sebarkan kesesatan

  KEBEBASAN bersuara tidak diberikan secara mutlak untuk mengatakan apa-apa sahaja tanpa batasan, sebaliknya wujud sempadan moral, agama,…
byadmin
October 25, 2019
One comment
Read More
1 minute read
  • Semasa

Pengamal media tempatan perlu jujur, telus lapor isu Gaza

KUALA LUMPUR: Pengamal media tempatan perlu melaporkan berita keganasan Israel terhadap rakyat Palestin dengan telus dan tepat berbanding media barat…
bynurdieyla
October 25, 2023
No comments
Read More
2 minute read
  • Semasa

Ujian sebagai permulaan hidup bukan suatu pengakhiran

  SHAH ALAM – Setiap ujian yang dihadapi bukanlah sebagai pengakhir kehidupan tetapi ia perlu dilihat sebagai titik…
byadmin
October 21, 2020
No comments
Indahnya Islam Indahnya Islam
⚡ oleh Rekasawang