Sabah benarkan 100 jemaah solat Jumaat

Kota Kinabalu: Jemaah solat Jumaat di Sabah ditingkatkan kepada tidak lebih 100 orang atau satu pertiga luas ruang utama masjid bermula Jumaat ini selaras prosedur operasi standard (SOP) baharu yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berkuat kuasa hari ini.

SOP itu turut menyatakan keutamaan diberikan kepada jemaah yang sudah mengambil vaksin Covid-19 sejajar usaha mengawal penularan virus manakala imam dan jawatankuasa masjid digalakkan mendapatkan suntikan vaksin.

Pengarah JHEAINS, Datuk Saifulzaman Sangul berkata, solat lima waktu berjemaah di masjid dan surau turut ditingkatkan kepada tidak lebih 50 orang atau satu pertiga luas ruang utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal satu meter, bermula hari ini.

Katanya, kebenaran aktiviti solat lima waktu itu mengambil kira Maqasid al-Syar’ieyyah dan laporan terkini mengenai kepatuhan masyarakat Islam terhadap SOP sedia ada.

“Perkara ini merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas SOP Covid-19 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang terdiri daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah, Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, JHEAINS, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.https://1dc46798e5e5ba29a1cef76deea19fc8.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Berdasarkan SOP sebelum ini yang dikeluarkan pada Jun lalu, hanya 12 jemaah yang terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid atau surau dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah.

Saifulzaman berkata, selain solat Jumaat dan lima waktu, majlis tahlil sempena sambutan Maal Hijrah, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia juga dibenarkan dengan kehadiran sehingga 100 orang bagi masjid utama, manakala 50 orang bagi masjid kariah atau institusi berkaitan.

Katanya, upacara akad nikah pula hanya dibenar diadakan di pejabat agama dengan kehadiran seramai lapan orang saja.

“Aktiviti di masjid atau surau secara bersemuka seperti kuliah, majlis ilmu akad nikah, majlis kenduri dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata, bagi solat Jumaat, laungan azan dibuat mengikut waktu Zohor, disusuli khutbah pertama dan kedua menggunakan teks disediakan JHEAINS selama maksimum 10 minit, manakala solat Jumaat dipendekkan kepada maksimum tujuh minit.

Katanya, kehadiran jemaah tertakluk kepada SOP ketat ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk selain tidak menggalakkan kehadiran golongan berisiko dan kanak-kanak bawah 10 tahun dan melarang sama sekali kedatangan individu bergejala dan kontak kes Covid-19.

Sementara itu, beliau berkata, JHEAINS turut membenarkan aktiviti solat jenazah diadakan dengan kehadiran seramai 12 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat simati. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts