Malaysia kekal konsisten sokong Palestin: Aman Palestin

 

 

BANGI – Malaysia kekal konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin bagi mewujudkan sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.

Pendirian tersebut tidak akan berubah meskipun terdapat beberapa buah negara lain menukar polisi mereka melalui pendekatan normalisasi Israel.

Penceramah Aman Palestin, Nadri Musman menegaskan, Malaysia sehingga ke hari ini tidak putus-putus menyalurkan bantuan daripada segi sokongan moral termasuk keperluan lain kepada negara tersebut.

Malah, katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri sudah menyatakan tekad untuk mempertahankan Palestin ketika berucap dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, baru-baru ini.

“Dari dulu sampai sekarang kerajaan Malaysia konsisten menyokong Palestin walaupun terdapat negara lain yang mengubah polisi mereka terhadap Palestin.

“Bantuan kepada Palestin…sentiasa diberikan agar rakyat Palestin terus mendapat hak mereka untuk hidup seperti rakyat negara lain di dunia ini.

“Kenyataan terbaru Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Luar tentang isu normalisasi diharapkan dapat terus dipertahankan apatah lagi dengan jelas menyatakan Baitulmaqdis adalah milik Palestin,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Muhyiddin baru-baru ini berharap, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) jujur memainkan peranannya sebagai orang tengah ​​kepada pihak terbabit dalam kancah konflik Israel-Palestin bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berterusan di rantau itu.

Pada masa sama, beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa terutama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memikul tanggungjawab penuh berdasarkan piagamnya dalam menyelesaikan konflik.

“Malaysia teguh menentang penindasan terhadap rakyat Palestin dan kekal mendukung perjuangan rakyatnya.

“Sokongan dan pendirian kami tidak berubah. Satu-satunya jalan keluar kepada konflik Israel-Palestin adalah melalui penyelesaian dua negara,” katanya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts