Salji di tengah, barat laut Arab Saudi

snowsaudi

 

TABUK: Warna putih dan coklat bergabung menjadi satu ketika salji menutupi kawasan gurun di rantau tengah dan barat laut di Arab Saudi selepas suhu turun sehingga bawah paras beku. Di Shakra dan Tabuk, lapisan salji nipis menutupi tanah.

Di Tabarjal, bandar terletak di rantau utara Al-Jawf, suhu mencecah tiga darjah Celsius bawah paras beku dan di Al-Quryat, di wilayah utara, suhu mencatat satu darjah Celsius bawah takat beku. Ketika pertengahan Oktober biasanya menandakan kemuncak musim hujan jangka pendek di Arab Saudi.

Seorang pensyarah sains kaji cuaca di Universiti Qassim, Prof Abdallah Al-Musanad, memberitahu laman web berita Alarabiya.net, hujan lebat dijangka berlaku hujung minggu ini di bahagian barat, timur dan tengah Arab Saudi.

“Ini adalah musim hujan kedua walaupun tempoh 40 hari sudah berlalu sejak berakhirnya musim hujan,” kata Prof Al-Musanad. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts