Sedih hampir 100 yang saya jumpa tak solat: Ebit Lew

 

SIAPA yang tidak kenal dengan ustaz Ebit Lew, antara penceramah bebas yang berani mendekati golongan terpinggir tidak kiralah remaja bermasalah, transgender atau gelandangan sekali pun.

Pendekatan dakwah secara lembut menjadikan cara beliau dikagumi ramai.

Terbaru, Ebit telah berkongsi pengalamannya mendekati golongan muda yang sering memasuki kelab malam.

Perkongsian itu dibuat menerusi satu posting di Facebook rasminya.

Menurut posting berkenaan, Ebit menjelaskan dia hanya mampu menangis apabila berdakwah di kelab pada jam 1 pagi.

 

 

Menurutnya, kelab terbabit dipenuhi dengan anak muda beragama Islam beratur keluar dan masuk.

“Sesak anak muda dekat sini. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah.

“Ada yang ajak bergambar, ada ramai juga cabut lari,” katanya.

Menurut Ebit lagi, dia juga sebak apabila berbual bersama remaja perempuan berusia 20-an yang mengakui langsung tidak bersolat.

“Ustaz, kami tak solat langsung, kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak?

“Saya pun menjelaskan yang Allah sentiasa sayang mereka. Dia beri iman, syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain,” katanya.

 

 

Tambahnya, dalam 100 individu yang ditemui, hampir semuanya dah lama tinggal solat.

“Ada beberapa orang saja solat satu atau dua waktu. Sedihnya, paling sedih bila ada yang solat selepas mak ayah dah meninggal.

“Apapun mereka baik-baik, suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama.

“Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat, dadah, tak solat,” katanya. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Assalamualaikum ustaz ebit
    Tahniah dan teruskan usha ini…mereka inilah yang lebih memerlukan bimbingan dari jemaah di masjid….Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…bantulah ustaz ini dan berilah hidayah pada anak-anak ini….amin

  2. Saya begitu kecewa dgn keadaan ini…. slah siapa ye… JAIS, MAIS, JAKIM, JAWI …. mungkin kita juga dpt saham dosa itu …. susah nak jumpa org spt Ebit ni ….juga Firdaus … Dr. Ravi…. Ustaz Hanafiah dlll….. Syabas dan tahniah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts