Serangan di Gaza, 6 terbunuh termasuk Komander al-Qassam

 

GAZA – Sekurang-kurangnya enam terbunuh, termasuk Komander pejuang Briged Izz al-Din al-Qassam, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dalam serangan rejim pengganas Israel di Gaza, semalam.

Jurucakap Hamas dalam satu kenyataan berkata, rejim Israel menaiki sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah pejuangnya dan membunuh Nour Baraka – Komander al-Qassam, berdekatan bandar Khan Younis di selatan Gaza.

Katanya, serbuan Israel turut dibantu serangan udara bagi membolehkan mereka melarikan diri menggunakan kereta ke sempadan Israel.

Saksi tempatan memberitahu, ketika pejuang Hamas mengejar kenderaan berkenaan, pesawat Israel melepaskan lebih 40 peluru berpandu di kawasan itu.

Tentera Israel sering mengebom kawasan Gaza dan menjadikan penduduk awam sebagai sasaran.

Semenanjung Gaza telah berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007. Sekatan dan serangan udara menyebabkan kemerosotan taraf hidup, pengangguran serta kemiskinan teruk berlaku kepada penduduk Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts