Tangan-tangan yang terputus

  1. Demi memartabatkan kalimah Allah, para sahabat bertungkus-lumus memperjuangkan Islam. Ada dalam kalangan mereka yang terkorban, ada dalam kalangan mereka yang hilang anggota. Kami senaraikan di sini, beberapa orang sahabat yang terputus tangannya ketika berjihad. Antaranya:
  2. Tangan Mus’ab bin Umair. Menurut riwayat Ibn Sa’ad, tangan Saidina Mus’ab bin Umair telah terputus dalam Perang Uhud. Beliau memegang panji tentera Islam lalu tangannya ditebas oleh Ibn Qami’ah.
  3. Tangan Ja’far bin Abi Talib. Tangan Saidina Ja’far dikatakan terputus keduanya dalam Perang Mu’tah. Rasulullah ﷺ menangis mendengar perkhabaran ini dan menyifatkan Ja’far seorang yang akan diberikan sayap di syurga.
  4. Tangan Nusaibah binti Ka’ab. Saidatina Nusaibah ialah contoh ibu pejuang. Beliau telah menyertai Perang Yamamah dan terputus tangannya dalam perang tersebut. Malah anaknya syahid di medan jihad.
  5. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mereka yang memartabatkan agama Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts