Teruskan kempen Beli Produk Muslim walau diperlekeh

 

1. PENGARANG akhbar Amanah Daily ini kelihatan seakan memperlekeh usaha saudara Muslimnya untuk memperkasa ekonomi umat Islam. Biar pun ada segelintir yang memperkecilkan usaha ini, janganlah kita berputus asa. Ini kerana, ketika Rasulullah ﷺ berusaha membangunkan ekonomi Muslim di Madinah, Baginda turut pernah disabotaj.

2. Usaha Rasulullah ﷺ untuk menghidupkan ekonomi buat Muslim telah disabotaj oleh Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi. Kaab datang merobohkan khemah perniagaan yang telah dibangunkan. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah perdagangan pasar kaum Muslimin, Rasulullah ﷺ menegaskan:

لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا

“Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

3. Menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ﷺ sendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau:

أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم تصدق على المسلمين بأسواقهم

“Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

 

 

4. Semalam, Mufti Perlis turut bersetuju agar kaum Muslim bersama menyokong kempen mengutamakan produk Muslim. Malangnya ada dikalangan Muslim sendiri yang kelihatan seakan merendah bahkan memperlekeh usaha murni ini.

5. Lebih malang lagi apabila ada yang mengelirukan kempen ini dengan mengatakan ianya adalah usaha boikot sedangkan apa yang ditegaskan adalah kempen mengutamakan barangan Muslim.

Mari bersatu memperkasa ekonomi Ummah! Usah peduli kata-kata yang memperlekeh.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Org islam yang memperlekehkan ekonomi orang islam adalah bangsa yang tidak tahu malu dan bangsa yg sanggup dipergunakan org lain yg tiada jati diri. Mungkin Allah menguji kita sekarang dengan penghinaan dan kecaman supaya kita menjadi lebih kuat dan sedar tidak hanyut dengan keselesaan yg ada. Mudah mudahan dengan usaha umat islam untuk mengukuhkan ekonomi akan dipandang lebih mulia berbanding jika tiada usaha langsung.
    Kesedaran ini juga membolihkan kita membuat pilihan untuk mengambil produk yg halal dan toyiban supaya dapat membentuk pemikiran dan akhlah yg mulia drpd mengambil pemakanan yg tidak diketahui halal dan haramnya yg bolih merosakkan akhlak dan pemikiran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts