Think Quran: Aplikasi menyeronokkan, mesra OKU

SHAH ALAM – Penerapan elemen interaktif seperti berada dalam mod permainan dan ‘mesra orang kurang upaya (OKU)’ membuatkan Nabil Mahathir, 37, seronok menggunakan aplikasi pendidikan, Think Quran.

Mesra dipanggil Ustaz Nabil Sudan al-Hafiz, beliau berkata, golongan OKU masalah penglihatan sepertinya kini boleh menggunakan platform berkenaan untuk memahami, menghafal dan memantapkan bahasa Arab.

“Berdasarkan pengalaman saya yang dah guna Think Quran sejak ia keluarkan dua surah sahaja iaitu Surah an-Nas dan al-Falaq, aplikasi ini sangat mudah serta berkesan.

“Saya memang guna hari-hari setiap kali selepas Subuh dan rutin pada waktu Maghrib kira-kira 20 minit. Ia sebenarnya amat asyik dan menyeronokkan.

“Kalau OKU boleh buat, orang biasa lagi seronok buat sebab Think Quran ada elemen yang menarik perhatian. Alhamdulillah, sekarang saya dah lengkap hafal 1,000 patah perkataan bahasa Arab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd (Think Osem), di sini baru-baru ini.

Think Osem merupakan syarikat tempatan yang membangunkan aplikasi Think Quran selain melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari pada 12 Januari lalu bagi menggalakkan orang ramai mendekati serta memahami al-Quran.

Nabil yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab itu memberitahu, aplikasi Think Quran membolehkan para pengguna menghafal setiap patah perkataan dalam kitab suci itu dengan mudah dan pantas.

Malah, sebagai penghafaz al-Quran, beliau mengakui proses mempelajari bahasa al-Quran agak rumit dan memerlukan bimbingan guru agama.

Bagaimanapun, dengan Think Quran pembelajaran al-Quran boleh diakses di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

“Saya juga sedang terlibat untuk mengajak orang ramai capai misi lebih daripada 100 juta umat Islam faham al-Quran

“Kepada sesiapa yang nak amalkan al-Quran sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan, boleh mula sekarang dan buat latihan,” ujarnya.- Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts