Umat Islam digalak solat sunat gerhana bermula 4 pagi esok

 

MELAKA – Umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana bulan berjemaah dan mengadakan khutbah gerhana bulan awal pagi esok, berikutan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka berlaku antara jam 4.01 dan 6.59 pagi esok.

Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata, umat Islam digalakkan menghidupkan sunnah dengan menunaikan solat sunat Khusuf Alqamar (gerhana bulan) dan membuat cerapan melihat fenomena itu.

“Tujuan melakukan kedua-dua ibadat sunat ini adalah untuk melihat kebesaran Allah SWT yang mencipta makhluk di bumi dan dilangit termasuk bulan,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

 

Beliau berkata, umat Islam juga diminta memohon keampunan daripada Allah SWT serta memohon rahmat keamanan, serta dijauhkan daripada sebarang musibah.

Katanya, Jabatan Mufti Melaka dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Melaka di Londang akan mengadakan Qiamullail (melakukan ibadah malam) dan solat sunat gerhana serta membuat cerapan gerhana, bermula jam 3 pagi esok yang akan disertai 500 pelajar. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts