Wanita Islam dari wilayah Dagestan umum bertanding Presiden Rusia 2018

 

DAGESTAN: 18 tahun tiada pencabar, kejantanan Presiden Rusia, Vladimir Putin bakal tergugat apabila wanita Islam dari wilayah Dagestan, Aina Gamzatova mengumumkan secara rasmi mahu bertanding menentang beliau dalam pilihan raya Presiden Rusia 2018.

Pengumuman Aina, mendapat sambutan ratusan penyokongnya di Makhachkala, dua hari selepas mengesahkan pencalonannya menerusi Facebook.

Aina mengetuai syarikat media Islam terbesar di Rusia, Islam.ru yang meliputi rangkaian televisyen, radio, syarikat percetakan, penerbitan buku Islam, serta mengendalikan kebajikan.

Suami Aina, Akhmad Abdulaev merupakan mufti wilayah Dagestan, wilayah pemisah yang menyaksikan konfrontasi berpanjangan melibatkan pejuang, perbalahan puak dan pasukan persekutuan yang mengorbankan ribuan nyawa.

Pencalonan Aina, bagaimanapun mendapat reaksi berbeza komuniti Islam Rusia.

Mereka yang setuju menyokong keazaman Aina mahu mencabar Putin, yang sebaliknya pula berpendapat Aina tidak sepatutnya melangkaui batas sebagai isteri seorang mufti.

Berjaya atau tidak misi cabar Putin, kempen Aina tetap dianggap membawa perkembangan positif.

Ia bakal melonjak imej wanita Islam di Rusia, dan tentang keperluan memberi perhatian kepada wilayah Dagestan dihuni pelbagai etnik yang dikatakan kurang membangun.

Aina merupakan sebahagian anggota Sufi yang dipimpin Said-Afandi Chirkavi, yang mati dibunuh oleh pengebom bunuh diri pada 2012.

Suami pertama Aina Said Muhammad Abubakarov, juga maut akibat letupan kereta pada 1998.

Pembunuhnya sehingga kini tidak ditemui. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts