Zionis mengaku bedil rumah

GAZA – Israel akhirnya mengaku bahawa mereka telah melancarkan serangan bom ke atas sebuah kediaman di Gaza, baru-baru ini.

Perkara berkenaan didedahkan kumpulan hak asasi manusia Palestin ketika sidang media di rumah mangsa di Deir al-Balah, Gaza.

Kumpulan itu berkata, rejim Zionis mendakwa kononnya ia mengebom rumah berkenaan kerana menyangkanya kosong dan tidak dihuni.

Serangan bom oleh rejim Zionis telah mengakibatkan lapan ahli keluarga Sawarkah terbunuh termasuk lapan kanak-kanak.

Serangan itu dilakukan beberapa jam sebelum gencatan senjata dimeterai antara Israel dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin minggu ini seramai 34 orang termasuk ketika protes anti-pendudukan yang diadakan setiap minggu berhampiran pagar pemisah antara Gaza dengan wilayah yang diduduki.

Serangan udara yang berlangsung selama hampir 50 jam itu juga telah mencederakan lebih seratus warga Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 2,800 kanak-kanak Palestin, dan mencederakan 2,756 yang lain pada tahun tahun lalu, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, angka itu adalah yang tertinggi dicatatkan sejak tahun 2014 berdasarkan laporan awal yang diterbitkan PBB.

Serentak itu, PBB sekali lagi tahun ini – untuk tiga tahun berturut-turut- meletakkan Israel dalam senarai hitam pembunuh kanak-kanak di dunia. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts