Bayi Perempuan di Gza Meninggal Dunia kerana Kesejukan dalam Khemah Pelarian

GAZA, 21 JAMADILAKHIR – Seorang bayi perempuan yang keluarganya menjadi pelarian akibat serangan Israel di Gaza meninggal dunia akibat kesejukan ketika Ribut Byron melanda wilayah itu.

Rahaf Abu Jazar, berusia lapan bulan, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis selepas khemah pelarian keluarganya di Khan Younis dinaiki air akibat hujan lebat, yang turut menenggelamkan banyak kem pelarian lain di seluruh Gaza, menurut laporan Reuters.

Ibu bayi itu, Hejar Abu Jazar, berkata beliau telah memberi anaknya makan sebelum mereka tidur.

“Apabila kami bangun, hujan dan angin menimpa dia, dan anak perempuan saya meninggal dunia secara tiba-tiba akibat kesejukan,” katanya kepada Reuters.

Ratusan ribu keluarga Palestin yang berteduh dalam khemah pelarian yang rapuh menyebabkan agensi pertahanan awam Gaza menghadapi kesukaran menangani keadaan itu, dengan menerima lebih 2,500 panggilan kecemasan dalam tempoh 24 jam.

Agensi itu turut melaporkan tiga bangunan runtuh di Bandar Gaza akibat ribut.

Sementara itu, khemah pelarian dan bekalan musim sejuk lain masih tersekat di sempadan kerana Israel menyekat aliran bantuan ke Gaza.

Majlis Pelarian Norway (NRC) melaporkan hanya 15,600 khemah pelarian berjaya dibawa masuk sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober lalu, yang hanya dapat menampung kira-kira 88,000 orang, sedangkan 1.29 juta rakyat Palestin masih memerlukan tempat perlindungan.

Pertubuhan hak asasi Israel, B’Tselem, menyatakan lebih 6,500 lori masih menunggu kelulusan Israel untuk memasuki Gaza dengan bekalan musim sejuk penting, termasuk khemah pelarian, selimut, pakaian hangat dan bahan kebersihan.

Krisis ini menekankan penderitaan rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan terkurung, bergelut dengan kesejukan dan kekurangan bantuan asas akibat sekatan berterusan.

Sumber: Quds News Network

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts