Benarkah Islam punca kahwin bawah umur?

 

1. Menurut tuduhan golongan anti Islam, Islamlah agama yang mendorong kahwin bawah umur. Jika begitu, sudah pasti negara majoriti Islam paling banyak kes kahwin dan mengandung bawah umur. Fakta bagaimanapun mendedahkan sebaliknya.

2. Data yang dikemukakan Unicef berkaitan kes mengandung bawah umur di Asia Tenggara mendedahkan bahawa penyumbang terbanyak statistik adalah daripada kalangan negara bukan majoriti Islam.

3. Lima negara paling tinggi kadar mengandung bawah umur adalah Lao PDR (94), Cambodia (57), Thailand (50), Indonesia (48), dan Filipina (47). Pengiraan adalah berdasarkan purata kes mengandung dalam kalangan 1000 remaja wanita berusia 15 – 19 tahun.

4. Jika dilihat dari sudut pengamalan agama negara – negara tersebut, agama utama di Lao PDR adalah Buddha, Cambodia Buddha, Thailand Buddha, Indonesia Islam, dan Filipina Kristian.

5. Jenis perkahwinan bawah umur di negara Asia Tenggara dibahagikan kepada beberapa jenis:

a. Perkahwinan yang diaturkan ibu bapa – menurut tradisi dan pengamalan budaya.

b. Perkahwinan pilihan sendiri oleh remaja.

c. Perkahwinan ‘terpaksa’ – iaitu apabila perkahwinan dilangsungkan untuk menangani stigma hubungan perzinaan yang mengakibatkan mengandung.

6. Setiap tempat dan budaya mempunyai keperluan yang tersendiri. Bahkan adalah tidak benar juga menyalahkan Islam, yang dikatakan menjadi punca perkahwinan bawah umur. Sarjana Muslim meletakkan syarat yang ketat berhubung isu ini.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts