Elakkan lafaz taklik sesuka hati: Mufti Negeri Sembilan

Seremban: “Lafaz taklik ini akan terpakai sekiranya pasangan itu mengulangi perbuatan tertentu pada masa akan datang iaitu selepas lafaz itu diucapkan dan bukannya pada perkara yang sudah berlaku sebelum lafaz itu dibuat,” kata Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata, pihak suami diingatkan supaya lebih bersikap berhati-hati dan jangan terlalu mudah melafazkan atau meletakkan sesuatu perkataan cerai (taklik) kerana ia akan memberi kesan kepada pasangan dan institusi keluarga hanya dengan kesilapan kecil.

“Suami tidak harus terlampau emosi dengan mudah melafazkan cerai atau talak terhadap isteri atau pasangan kerana perkataan itu tidak harus dibuat main-main.

“Mereka (suami) perlu elak daripada perkataan cerai ini berada di fikiran mereka. Sikit-sikit nak jatuhkan talak,” katanya dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kes seorang lelaki di Kuala Terengganu, Terengganu yang didakwa tergamak melafazkan taklik terhadap isterinya bagi menghalang pasangan hidupnya itu daripada mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Tindakan lelaki terbabit kini menimbulkan persoalan kepada hubungan pasangan berkenaan, apabila isterinya dikatakan sudah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin di luar pengetahuan suaminya.

Menurut Mohd Yusof, lafaz taklik adalah serius malah ada kalanya, ada kes bahawa mereka tidak sedar talak itu sudah jatuh, tetapi pasangan berkenaan masih bersama sebagai pasangan suami isteri.

“Oleh itu, jangan pandai-pandai buat lafaz taklik macam itu kerana ia tidak boleh ditarik balik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes pasangan berkenaan, Mohd Yusof berkata, wanita itu kini dilarang mengambil vaksin berikutnya selepas ini susulan lafaz yang dikatakan sudah dibuat suaminya.

Katanya, dalam kes ini bermaksud, “Kalau kau ambil lagi (ambil vaksin selepas ini) bermakna jatuh lah (taklik).

“Wanita berkenaan mungkin tidak mengetahui sikap sebenar suaminya yang anti vaksin ketika dia dikatakan sudah menerima pelalian berkenaan.

“Dalam kes ini, saya lihat mungkin lelaki terbabit yang terlalu emosi hingga mudah melafazkan sesuatu berkaitan cerai,” tegasnya.

Sehubungan itu, Mohd Yusof menasihati umat Islam agar tidak mudah mempermain atau mempersendakan soal lafaz taklik dalam hubungan suami isteri.

“Pasangan suami isteri yang berdepan situasi itu perlu segera merujuk kepada jabatan agama Islam negeri untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts