Geologi Palestin: Istimewa Israk Mikraj

13096235_974054356024271_2564570960994167084_n

 

Masyarakat Islam sememangnya tahu bahawa peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad s.a.w. melibatkan dua tempat utama di dunia, iaitu di Masjidil Haram di Mekah, dan Masjidil Aqsa di Palestin.

Bersempena peristiwa Israk dan Mikraj ini, admin ingin berkongsi serba sedikit tentang geologi Palestin.

Palestin yang dinyatakan di sini ialah keseluruhan Palestin sebelum dirampas Israel.

Rujukan tentang geologi ini ialah daripada peta yang dilukis oleh G.S. Blake terbitan tahun 1939. Pada tahun ini, Yahudi telah menguasai beberapa tempat di bumi Palestin.

Batuan sedimen/metasedimen di Palestin berusia antara Kapur (Albian-Aptian) sehingga Pleistosen selain gumuk pasir (sand dunes), loes dan diluvium (mendapan banjir).

Batuan di sini terdiri daripada hampir semua jenis batu karbonat; batu kapur, marl, batu kapur dolomitik, dolomit, batu kapur berbitumen, batu kapur numulit, batu kapur berbutir kasar, batu kapur berlempung, batu kapur berfosfat, batu kapur karang dan banyak lagi.

Lapisan keras kalkret (calcrete hardpan) juga terdapat di sini terutama di kawasan Affula dan dipanggil “nari” oleh penduduk tempatan.

Batuan igneus pula terdiri daripada basalt dan pelapisan debu volkanik yang hanya terdapat di sekitar Tiberia dan tenggara Nazareth.

Sebahagian besar Semenanjung Gaza didasari mendapan berusia Kuaterner iaitu mendapan gumuk pasir, tanah geluh (loam) yang amat subur untuk pertanian, tanah loes yang bersifat debu.

Di Jerusalem/Baitul Maqdis pula, pelbagai jenis batuan karbonat berusia lewat Kapur mendasari kawasan ini.

Batu kapur ialah bahan binaan utama yang digunakan untuk membina Masjidil Aqsa oleh Kerajaan Islam Umayyah.

Sesar aktif yang terdapat di Palestin ialah Sesar Jericho yang menganjur di sepanjang Tasik Tiberia / Galilee, Laut Mati dan Laut Merah.

Gempa bumi di Jericho pada tahun 1927 disebabkan oleh pergerakan sesar ini.

Gempa bumi pada tahun 746 dan 1033 yang telah meranapkan Masjidil Aqsa berkemungkinan besar berpunca daripada aktiviti sesar yang sama.

Sumber: FB Geosains Dan Sumber Mineral Malaysia

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts