Hakimah cipta sejarah, wanita pertama sebagai Ketua Pengarah JAKIM

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baharu berkuat kuasa Isnin ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pemilihan Hakimah menduduk jawatan tertinggi JAKIM itu adalah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khusus dalam jabatan itu.

“Pelantikan ini menjadi sejarah kepada JAKIM, apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita, sekali gus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

“Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Hakimah sebagai Ketua Pengarah JAKIM bagi menggantikan Datuk Abdul Aziz Jusoh yang bersara wajib pada 9 November lalu.

Hakimah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia pada 2001.

Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM pada 1992.

Beliau juga sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts