Hanya 50 orang ziarah kubur dalam satu masa: Jawi


KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan hanya 50 individu sahaja menziarahi tanah perkuburan pada satu masa sama.

Jawi dalam kenyataannya memberitahu, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) terkini aktiviti ziarah tanah perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, keutamaan ziarah kubur diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

“Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah dengan pematuhan SOP yang ketat,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook Jawi di sini pada Jumaat.

Kenyataan itu memberitahu, waktu ziarah yang dibenarkan adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.

“Tempoh masa ziarah yang dibenarkan hanya 20 minit bagi setiap kumpulan,” katanya. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts