India berniat jahat, tuduh umat Islam punca COVID-19

 

BANGI – Tindakan India menuduh umat Islam, khususnya jemaah tabligh menjadi punca penularan pandemik COVID-19 di negara itu sehingga mencetuskan suasana ‘Islamophobia’, disifatkan sebagai usaha yang berniat jahat dan keterlaluan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim berkata, tidak adil bagi umat Islam dituduh menjadi punca kepada wabak berkenaan, sedangkan banyak negara Barat lain yang mempunyai kes tertinggi tidak terkait dengan sebarang himpunan jemaah tabligh.

Beliau menyifatkan tuduhan seumpama itu hanyalah sengaja dicetuskan oleh anti-Islam di India, memandangkan isu penindasan ke atas umat Islam di negara berkenaan bukanlah perkara baharu berlaku.

“Kita dah nampak tujuan lain mereka (golongan ekstremis anti-Islam) yang cuba menimbulkan satu suasana dan perasaan tidak baik terhadap umat Islam di India.

“Banyak perkara berlaku kebelakangan ini, sehingga umat Islam di sana tertekan dan ada di antara mereka yang dinafikan hak untuk menerima rawatan dan perubatan kerana diskriminasi,” katanya dalam temu bual Pertiwi Eksklusif, hari ini.

Menyifatkan ia satu tekanan tidak adil ke atas umat Islam, Ustaz Omar berkata, kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Narendra Modi secara jelas menyasarkan segala bentuk kekerasan dan penindasan ke atas rakyatnya yang beragama Islam.

Beliau berkata, sebelum wujudnya isu pandemik COVID-19, pelbagai kesukaran yang telah dilalui umat Islam di India sejak beberapa tahun lalu, dan paling ketara pada 2019.

“Satu demi satu siri kekerasan, penindasan cuba dilaksanakan termasuk memansuhkan Artikel 370 dalam Perlembagaan yang memberikan status autonomi khas kepada Jammu dan Kashmir.

“Kerajaan New Delhi turut memberikan kelulusan untuk membina gereja di tapak masjid lama pada kurun ke-6, dan kemudian meminda pula undang-undang di bawah Akta Kewarganegaraan 1955.

“Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) ini tidak adil kerana memberikan kewarganegaraan kepada agama lain kecuali Islam. Perkara itu menimbulkan ketegangan di sana, apatah lagi dengan tindakan keras berterusan ke atas umat Islam,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kenapa Burukkan Ibadah Islam?

  1. LAPORAN FreeMalaysiaToday semalam memaparkan aduan segelintir ibubapa yang mengkritik amalan ibadah dalam Islam sebagai mengganggu pelajaran.…
Read More

Adab pelajar mendoakan guru

1. AL-IMAM Ibn Hajar merekodkan riwayat yang menceritakan bagaimana al-Imam Ahmad sentiasa mendoakan buat Tuan Gurunya al-Imam al-Syafi’i.…