Isteri Ahli Syurga

Apa yang menyentuh jiwa saya apabila kisah kematian isteri/ibu muda yang masih mempunyai anak-anak yang kecil. Si bapa mungkin mampu meneruskan kehidupan dan mungkin juga akan berkahwin lagi, tetapi anak-anak tidak mungkin akan ada seorang ibu yang lain.

Kisah Isteri/Ibu muda yang meninggal ini membawa kepada saya menyoroti hadis-hadis yang menceritakan mengenai tempat letaknya seorang Isteri dan bagaimana mereka mengejar Syurga dari ruang rumah mereka.

Isteri ini anugerah yang besar Allah berikan kepada seorang suamiRasulullah ﷺ bersabda: الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِهَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita shalihah.” [Hadis Riwayat Muslim dari Abdullah ibnu Umar]

Kerana itu pada permulaan membina sebuah keluarga, janganlah rupa paras dan dunia yang menjadi ukuran, tetapi ambil lah agama.

تنكح المرأة لأربع: لمالها، ولحسبها، ولجملها، ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك

“Wanita dinikahi karena empat hal. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah karena agamanya niscaya engkau akan beruntung.” (Muttafaqun Alaih)Bagi seorang isteri, ruang mengejar Syurga terbentang luas dalam halaman rumah sendiri.

Mereka tidak perlu keluar jauh dari rumah untuk mengharapkan syurga Allah.Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.

[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad]

Kita mendoakan ibu-ibu yang meninggal di kala ini, baik disebabkan covid19 mahupun penyakit lain ditempatkan di syurga Allah dan dimasukan bersama para solehin.wallahu’alam

sumber : FB Nafisah Abd Rahim

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts