Jangan biarkan Rasulullah dihina!

 

1. Tular pagi ini gambar dari Facebook yang dikatakan menghina Rasulullah. Menyifatkan Baginda sebagai seorang yang memanipulasi kanak-kanak. Non Muslim seharusnya faham batas pertuturan yang boleh dilakukan oleh merka. Ini kerana, perkara penghinaan terhadap Rasulullah adalah isu yang perlu dihindari.

 

Image may contain: one or more people

 

2. Al-Imam Ibn al-Qayyim pernah menampilkan beberapa contoh individu yang dihukum oleh Rasulullah kerana menzahirkan penghinaan terhadap Rasulullah. Antaranya:

a. Menurut Saidina Ali, seorang lelaki perempuan Yahudi pernah mencerca Nabi secara terang-terangan. Perempuan tersebut telah dibunuh lalu perkara ini di bawa kepada Nabi. Raslullah mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan tersebut. (Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3/1398.)

b. Al-Imam Ahmad ibn Hanbal berhujah dengan riwayat daripada Ibn Abbas yang menceritakan tentang seorang lelaki yang memiliki Umm Walad (seorang hamba perempuan yang melahirkan anak kepada tuannya). Perempuan ini (Umm Walad tersebut) sering mengutuk (mencaci: tashtumu) Nabi.

Setelah dinasihati oleh lelaki ini berkali-kali, perempuan tersebut masih kekal dengan sifatnya yang menghina Rasulullah. Hilang sabar dengan sikap perempuan itu, lelaki tersebut membunuhnya. Apabila perkara ini disampaikan kepada Nabi, Rasulullah berkata perjanjian keamanan yang diberikan kepada perempuan tersebut telah terbatal kerana menyakiti Nabi. (Abu Daud, Sunan Abu Daud, (Beirut: Maktaba al-Asriyyah, t.t.), 4/129 (no. 4361); al-Nasa’i, Sunan al-Nasa’i, (Halab: Maktab al-Matbu’at al-Islamiyyah, 1986), 7/107.)

3. Ketegasan ini adalah salah satu prinsip Rahmatan lil alamin yang perlu difahami. Huraian pendek ini sekadar ingin menjelaskan bahawa adakalanya Rasulullah bertindak tegas di dalam beberapa perkara melalui kaedah yang dibenarkan syarak. Ia adalah sebagai salah satu ciri rahmah seperti yang disebutkan di dalam hadith. Penjelasan lanjut berkenaan konsep rahmah ini boleh didapati dipautan:

https://www.researchgate.net/publication/329223144_Konsep_Rahmatan_Lil_Alamin_Dalam_Hadith_Penerokaan_Makna_Serta_Aplikasi_Di_Malaysia

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Pada pandangan saya, admin patut blurkan gambar yang dilampirkan. Untuk elak orang Muslim pula yang jadi ejen sebar dakyah/propaganda jahat ini.

    Niat untuk kecam pemilik akaun adalah difahami, tapi kita perlu bijak dan berhati-hati supaya TANPA sedar, jadi penyebar gambar jahat itu pula.

    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts