Kempen ‘Buy Muslim First’ vs ‘Buy Halal First’

 

1. SEJAK kempen BMF dilancarkan mendapat sambutan maka semakin ramai pula yang kepanasan. Yang hairannya ada juga segelintir orang Islam yang menentang, puas kita kata kempen BMF adalah utamakan membeli barangan Muslim tapi macam nak gila mereka kata kempen boikot barangan bukan Muslim.

2. Bila masyarakat tak layan, mereka dapat idea utamakan barangan yang halal supaya barangan bukan Islam yang dapat status halal tak terjejas.

3. Mereka ni semua lupa pengesahan halal diperkenalkan mulai 1974 hanya melalui surat pengesahan sahaja dan logo halal hanya mula digunakan sejak 1998.

4. Logo halal ini di perkenalkan apabila pengusaha bukan Islam semakin berleluasa meringan ringankan isu halal. Itu pun timbul banyak kes menyalahgunakan logo halal.

 

 

5. Kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan untuk menyediakan pekerja dan peralatan untuk mengesahkan status halal dan melakukan pemeriksaan berkala.

6. Kalau pengusaha Muslim tak letak logo halal pun masyarakat yakin untuk membelinya kerana halal sudah menjadi darah daging kehidupan seorang Muslim.

7. Kempen BMF adalah untuk membantu secara langsung pengusaha Muslim yang masih jauh tertinggal manakala kempen BHF lebih untuk membantu peniaga bukan Muslim yang mula terjejas perniagaan mereka.

Haji Mohd Tahir Hamdan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Jgn pedulikan komen mereka mereka yg dengki dan irihati ayuh istiqamah jihad jihad jihad ekonomi demi ummah.
    ,, Ekonomi berjaya ummah sejahtera,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts