Lima trak bawa ubat dibenar masuk Semenanjung Gaza

Lima trak yang membawa ubat-ubatan kini memasuki Semenanjung Gaza selepas melalui pemeriksaan keselamatan Israel. 

Akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan, trak-trak memasuki kawasan itu sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Israel dan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), yang diselaraskan oleh Qatar.

Tentera Israel memeriksa trak di Persimpangan Karem Abu Salem, kemudian mereka meneruskan ke persimpangan sempadan Rafah dengan Mesir, dan dari sana ke Semenanjung Gaza.

Sehingga 1830 GMT, tiada sebarang komen oleh pihak berkuasa Israel atau Hamas berhubung laporan itu.

Terdahulu, Hamas mengumumkan perjanjian dengan Tel Aviv untuk menghantar ubat kepada tebusan Israel sebagai pertukaran – dengan membawa jumlah yang sama kepada orang awam Palestin di Gaza tetapi tanpa pemeriksaan oleh tentera.

Awal Rabu, Yedioth Ahronoth berkata, Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tentera untuk memeriksa trak yang membawa ubat-ubatan sebelum memasuki Gaza selepas beliau berdepan kritikan kerana sebelum ini bersetuju membenarkan ubat masuk ke dalam semenanjung tanpa pemeriksaan.

Arahan Netanyahu muncul selepas perdebatan tercetus di Israel berikutan pengumuman oleh pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk, pada X bahawa salah satu syarat perjanjian untuk menghantar ubat kepada tahanan Israel adalah untuk menghentikan pemeriksaan penghantaran ubat oleh tentera.

Bagaimanapun semalam, Qatar mengumumkan berjaya menjadi pengantara perjanjian antara Israel dan Hamas bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada orang awam di Gaza – dengan kerjasama Perancis. 

Perjanjian itu termasuk kemasukan ubat dan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza, terutama di kawasan yang paling terjejas dan rosak.

Israel mendakwa Hamas telah menahan 136 warga Israel di Gaza sejak 7 Oktober, manakala Hamas menuntut gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tahanan Palestin sebagai pertukaran untuk membebaskan tahanan Israel dalam tahanannya.

Sejak 7 Oktober, tentera Israel telah melakukan perang yang dahsyat di Gaza, mengakibatkan 24,448 kematian dan 61,504 cedera setakat hari Rabu.

Konflik itu telah menyebabkan perpindahan lebih 85 peratus penduduk di Semenanjung Gaza – kira-kira 1.9 juta penduduk – menurut pihak berkuasa Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts