Perancangan licik musuh murtadkan umat Islam

 

Al-Ustaz Abul Hasan Ali An-Nadwi, seorang ulamak besar India pernah menulis sebuah buku yang bertajuk “ردّة ولا ابو بكر لها” (Gejala murtad yang tiada yang memeranginya seperti Abu Bakar As-Siddiq).

Secara ringkas buku tersebut menceritakan bahawa suasana dunia umat Islam yang semakin jauh daripada pegangan Islam. Ini adalah berpunca daripada banyak faktor antaranya adalah kelemahan jatidiri umat Islam dan juga serangan musuh yang penuh teliti dan terancang.

Kekuatan umat Islam hanya akan kembali pulih dengan diri setiap muslim memahami Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi semua aspek kehidupan dan juga mengenali secara sedar bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berehat daripada melakar peta kehancuran untuk Islam dan umatnya.

Musuh Islam tidak hanya menyerang secara ketenteraan tapi mereka membawa falsafah sesat ke negara-negara umat Islam yang bertemakan penolakan agama, mengingkari kewujudan Allah SWT, menafikan alam ghaib dan wahyu, menolak nilai spiritual dan akhlak. Mereka mengajak kepada agama yang tiada agama!

Falsafah barat yang palsu ini telah melanda dunia Islam dari timur hingga barat, menerobosi semua rumah, taman kejiranan, sekolah dan universiti. Lahirlah muslim yang mula menjadikan falsafah liberal ini sebagai kepercayaan.

Semua ini telah dilakukan dengan usaha yang cukup teliti termasuk penubuhan sekolah pemikiran liberal, penghasilan ribuan kajian dan tulisan akademik, penghantaran tokoh falsafah ke negara umat Islam dan tinggal di sana selama puluhan tahun yang akhirnya ia datang umpama badai taufan yang ganas dan umat Islam tak mampu untuk berlindung daripadanya.

Bagaimanakah untuk kita melindungi diri kita dan negara kita daripada serangan ini? Binalah kota yang kukuh yang batanya daripada pengajaran Al-Quran dan Sunnah sebagaimana dulunya Abu Bakar As-Siddiq mempertahankan Islam daripada ancaman golongan murtad yang muncul selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Ustaz Shuhaib Ar Rumy Selamat

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Saudaraku Rohingya…

  Saudaraku Rohingya… Dibakar, Dihalau, Dibelasah, Ditindas, Disekat bantuan, Dinafikan hak sebagai rakyat… Hari rohingya setiap hari, Tapi…