Ramadan 2021: ‘Makanan Jariah’ bantu golongan asnaf

 

JERLUN: Bulan Ramadan menyeru umat Islam untuk mengambil kesempatan sebagai masa terbaik untuk menggandakan ibadat sekaligus mengutip ganjaran pahala.

Selain menunaikan ibadat puasa, menderma atau bersedekah adalah salah satu amalan yang memberi keuntungan besar kepada mereka yang melakukannnya pada bulan yang mulia ini.

Inisiatif diambil peniaga kedai runcit di Kampung Pida 3, Jerlun ini menyediakan platform bagi membantu penderma menyalurkan sumbangan ikhlas mereka yang akan digunakan untuk tujuan sedekah sepanjang Ramadan.

Bagi pasangan suami isteri, Mohd Abdullah Saad, 42, dan Nor Baizura Osman, 40, memahami keperitan orang kampung dan penduduk sekitar yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ketika ini memerlukan bantuan berupa barangan makanan.

Menurut Mohd Abdullah idea ‘Makanan Jariah’ ini tercetus sebulan sebelum Ramadan setelah dia berbincang dengan isteri dan beberapa rakan lain untuk mengumpul barangan keperluan harian bagi disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan.

Katanya, setiap hari barangan seperti beras, ikan sardin, ikan bilis, minyak masak, gula, susu dan roti yang dikumpul dan sesiapa yang ingin menyumbang di letakkan di rak yang disediakan di hadapan kedainya.

“Kita sedia sedikit bantuan yang diletakkan di rak kedai sebab nak bagi bantuan dari rumah ke rumah kita belum berkemampuan jadi kita sediakan barang, orang kampung boleh datang ambil mana yang mereka perlukan.

“Sumbangan ini bukan daripada saya sahaja, bukan daripada kedai kita sahaja. Ada insan yang bermurah hati dan setiap Ramadan akan menderma melalui program jariah ini,” jelasnya.

Bagi Osman Teh, 74, sebagai warga emas yang mengharapkan ihsan penduduk selepas dia tidak dapat lagi mengusahakan sawah, amat bersyukur dengan usaha yang dilakukan Mohd Abdullah ini.

Dia yang kini tinggal bersama isteri akan datang mengambil barangan seperti beras, gula dan minyak.
Barangan keperluan harian disediakan untuk golongan kurang kemampuan menerusi program ‘Makanan Jariah’. – Astro AWANI

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts