Segar ketika Ramadan

 

Berdepan dengan tugas seharian dan keadaan cuaca yang tidak menentu pastinya memberi sedikit tekanan dalam kita menjalani Rukun Islam yang ketiga.

Jadi kami kongsi beberapa tip kecergasan yang boleh diamalkan agar kekal segar ketika berpuasa.

1. Minum air masak di malam hari

Elakkan meminum minuman yang sejuk dan berais ketika bersahur mahupun berbuka puasa kerana ia akan menyebabkan badan kita menjadi lemah ketika berpuasa. Seelok-eloknya banyakkan meminum air masak dan kurangkan minuman berais. Meminum ais akan menyebabkan badan lemah ketika berpuasa.

2. Berbuka puasa dengan segera

Berbukalah dengan segera dan jangan suka melengah-lengahkannya.

3. Memakan buah kurma

Umum mengetahui buah kurma ni banyak manfaatnya di mana ia mengandungi protein, vitamin B6, serat dan mineral. Amalan memakan kurma adalah sunat. Ambil tiga biji kurma setiap kali berbuka kerana ia membantu mengembalikan semula paras gula di dalam darah ke tahap yang normal.

4. Makanan tambahan

Pengambilan vitamin bukan sahaja buat kita segar, tapi mampu memberikan kesihatan dan juga kulit yang cantik.

5. Menjalani aktiviti riadah

Penuhi dengan aktiviti yang tidak memenatkan seperti banyakkan berjalan dan isikan masa dengan perkara yang lebih berfaedah.

6. Bangun sahur

Jangan memandang rendah dengan bersahur kerana ia membekalkan kita tenaga semasa berpuasa di siang harinya. Setidaknya, dengan bersahur dapat mengurang sikit rasa lapar kita ketika di siang hari. Selain itu kita juga mendapat pahala.

Pemakanan seimbang perlu diamalkan sama ada ketika berbuka puasa mahu pun bersahur.

7. Makanan seimbang

Kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Makanan kita disarankan mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :

– Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.

– Buah-buahan dan sayur-sayuran

– Ikan, ayam, daging dan kekacang

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/rencana/segar-ketika-ramadan-1.681033

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts