Situasi di Gaza bukan perang, tapi pembersihan etnik

BANGI – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan situasi di Semenanjung Gaza bukan peperangan, sebaliknya pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin oleh Israel.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dunia tidak melihat tentera Palestin melawan penceroboh Israel, sebaliknya hanyalah tindakan Israel yang bersenjata lengkap membunuh serta mencederakan rakyat Palestin.

“Kita melihat kanak-kanak dibunuh. Kita melihat bayi kekurangan oksigen dan mati, hospital terpaksa berpindah dan bandar Gaza dihancurkan ke tanah dengan jelas menguburkan rakyat Palestin.

“Gambaran tersebut adalah salah satu pembunuhan beramai-ramai oleh tentera bersenjata Israel hari demi hari. Tiada sebarang bentuk penentangan oleh rakyat Palestin,” katanya dalam tulisan di Facebook,

Bagaimanapun, Dr Mahathir kesal apabila dunia tidak mampu berbuat apa-apa kerana negara kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan Eropah jelas bersetuju dengan tindakan rejim Israel.

“Eropah dan Amerika adalah yang bersalah atas pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku kerana mereka jelas bersetuju.

“Jadi inilah New World Order. Inilah susunan dunia menurut kerajaan Amerika dan Eropah.

“Saya ingin meminta Tuhan menolong kita, tetapi kerajaan ini tidak percaya kepada Tuhan. Mereka telag meninggalkan agama mereka sendiri,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts