Warning: session_start(): open(/tmp/sess_9pemj8j9upstkefd4cr9c53s9d, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: ) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6d80-1de7.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6d80-1de8.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6d80-1de9.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6d80-1dea.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6d80-1deb.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Two-state solution tidak bertepatan dengan kehendak Islam – Indahnya Islam

Two-state solution tidak bertepatan dengan kehendak Islam

Mempertahankan bumi palestin bukanlah suatu isu kemanusiaan semata-mata, tetapi ia adalah tanggungjawab umat islam secara keseluruhan tanpa berkecuali. Bersetuju dengan cadangan Two-State Solution sama ada secara sedar atau tidak, hanyalah akan memenuhi Hasrat Yahudi untuk mengosongkan tanah Palestin daripada penempatan umat Islam.

Oleh itu, suka untuk kita tegaskan bahawa keutamaan untuk membantu penduduk Palestin agar terus kekal mempertahankan tanah air mereka adalah tanggungjawab kita bersama.

Namun dalam hal ini, ada sebahagian pihak berpandangan bahawa, antara tindakan yang patut diambil oleh rakyat Palestin adalah  berhijrah meninggalkan tanah air mereka demi menjaga maslahah nyawa dan sebagainya.

Untuk menjawab persoalan ini, kami kemukan jawapan dan hujah daripada para ulamak berkaitan  mengapa tidak boleh  hijrah atau meninggalkan tanah Palestin.

“Tidak boleh hijrah, dan wajib kekal mempertahankan tanah air.”

Pendapat yang yang menyokong agar rakyat Palestin hijrah meninggalkan tanah air mereka, telah mendapat banyak respon sama ada daripada pendapat ulamak secara kolektif antaranya adalah Syeikh Dr Yunus Al-Astal yang merupakan Ketua Lujnah Fatwa Rabitah Ulama Palestin, mahupun fatwa-fatwa daripada badan-badan rasmi seperti Dar Ifta’ Jordan(1993), dan juga Institusi Al-Azhar As-Syarif yang sejak dulu lagi sudah menjawab isu( 1943)  dan juga Majmak Buhuth (1970).

Antara hujah dan pandangan ulamak berkaitan larangan hijrah  adalah seperti berikut,

  • Ada perbezaan di antara isu penghijrahan Makkah dan Palestin
  • Tidak ada khilaf dalam kalangan ulamak bahawa jika tanah air telah diserang oleh musuh, rakyatnya tidak boleh lari daripada mempertahankan tanah air mereka.
  • Jika kita menyokong pandangan untuk berhijrah keluar daripada tanah air Palestin, perkara tersebut hanyalah akan memenuhi Hasrat kaum Yahudi yang ingin mengosongkan tanah Palestin daripada pendudukan rakyat Palestin dan semestinya Yahudi akan bersetuju dengn pandangan ini.
  • Syeikh Dr Yunus Al-Astal berkata bahawa penghijrahan keluar daripada bumi Palestin bukanlah sesuatu yang mudah sama ada dari sudut halangan fizikal mahupun kekangan undang-undang, dan menyifatkan bahawa pandangan yang menyuruh agar hijrah keluar adalah sebagai pandangan yang Wara’ dan Nusyuz.

Kepentingan untuk menjaga tanah Palestin tidak dapat disangkal lagi, seperti mana Hadith Nabi SAW,

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: “لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ”. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: “بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ” – رواه الإمام أحمد

Daripada Abi Umamah Al-Bahili RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda, “Akan sentiasa wujud daripada umatku, sekumpulan yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walaupun dipinggirkan dan dirintangi kesusahan, melainkani semua itu hanyalah  ujian, sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian”. Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Baginda menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.( Hadith Riwayat Ahmad)

Isu Utama Dalam Permasalah Hijrah atau Kekal

Selain daripada perbincangan mengenai khilaf pandangan para ulamak berkaitan apakah hukum berhijrah dari tanah Palestin, perkara yang lebih utama untuk kita ketengahkan adalah apakah implikasi( Maalat) daripada dua situasi dan tindakan iaitu samada berhijrah ataupun kekal di tanah Palestin.

Hal ini kerana jika kita amati, isu penghijrahan daripada tanah Palestin ini, juga dapat kita kaitkan tentang hukum penghijrahan daripada negara-negara Islam lain yang sedang ditindas seperti Ughyur dan India, yang mana implikasi yang terhasil juga bakal sama kerana ia mengambil hukum hakam yang sama.

Oleh itu, sebelum kita memilih mana-mana pandangan, hendaklah kita mengkaji implikasi yang akan terhasil daripada pandangan tersebut. Dalam hal ini, jelas bahawa tindakan mengosongkan bumi Palestin hanyalah akan memenuhi cita-cita Yahudi dan memberi persetujuan kepada cadangan Two-State Solution.

Kesimpulan

Daripada keseluruhan perbahasan ini, kami simpulkan kepada beberapa perkara:

1. Menyokong pandangan yang menyuruh supaya  rakyat Palestin supaya berhijrah meninggalkan tanah air mereka , hanyalah memberikan sokongan kepada cadangan Two-State Solution.

2. Tanah Palestin adalah tanah waqaf umat Islam. Mengembalikannya kepada pangkuan umat Islam adalah satu kefardhuan. HARAM menyerahkan hak milik walaupun seinci tanah itu kepada penjajah dengan apa cara sekalipun sama ada menjual, menghadiahkan mahupun memaksa penduduk Palestin mengosongkan tanah air mereka.

3.Justeru, umat Islam WAJIB membantu agar rakyat Palestin KEKAL di tanah air mereka dengan segala bantuan meliputi kewangan, sokongan moral dan sebarang kempen pembebasan Palestin.

Ustaz Fitri Adnan,
Penyelidik MUIS

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6d80-1dee.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Total
0
Shares

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7f6d80-1def.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts