(SIRI 6) Kisah kejatuhan Turki Uthmaniyyah dan pengajaran untuk Malaysia yang mesti anda tahu

Ilustrasi penghambaan orang Islam Africa yang dibawa ke Amerika. Inilah yang berlaku satu ketika dulu

1.Dalam siri 4 dan 5, saya dah bentangkan tentang faktor yang pertama kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah. Untuk siri 6 dan 7, insyaAllah saya akan bentangkan faktor kedua pula. Untuk faktor kedua, saya bahagikan kepada dua bahagian, iaitu pemurtadan bangsa, dan serangan pemikiran. Ketika mana jatuhnya Uthmaniyyah pada 1924, masyarakat masa tu dah hancur. Hancur maksud saya, bukan setakat negara kucar-kacir, sistem rosak, ramai kena bunuh, bangsa Islam dimurtadkan dan sebagainya. Bahkan hancur juga pada pemikiran.. Sebahagian masyarakat Islam dah bertukar jadi bangsa lain. Manakala sebahagian masyarakat Islam lain ‘menerima’ pemikiran yang pelik dan luar daripada pemikiran Islam yang sepatutnya. Puak Yahudi ni bukan sekadar nak jajah negara saja, malah dalam masa yang sama dia nak tukar identiti bangsa.

2. Sebagai contoh, kalau rajin, nanti buka youtube dan cari drama bersiri bertajuk “The Roots”. Ini drama sekitar tahun 70’an dan 80’an, cerita tentang Kunta Kinte. Kalau saya tak silap, History Channel baru terbitkan semula drama ni beberapa tahun lepas, dalam bentuk bersiri juga. Ada di youtube.

Apa pun, cerita Kunta Kinte ini adalah cerita benar yang berlaku dalam sejarah. Ia terjadi sekitar kurun ke-17 dan 18, disebelah Afrika tengah. Antara negara terlibat adalah Gambia. Asal keturunan mereka ini merupakan orang Islam. Sebab Islam dah masuk ke Afrika sangat awal, sejak dari zaman Rasulullah lagi. Bila? Iaitu ketika mana Rasulullah pergi ke Habsyah. Sekarang nama Habsyah biasa disebut sebagai Ethiopia.

3. Masa zaman Saidina Umar pula, beliau dah berjaya membuka Mesir. Dan kalau tengok peta dunia, Mesir ni termasuk sekali bawah benua Afrika. Apabila masuk zaman Saidina Uthman pula, umat Islam dah masuk benua Afrika lebih jauh sampai ke bahagian Morocco, dan kemudian turun sebelah bawah hingga kawasan Mauritania. Kalau korang tak boleh gambarkan atau macam blur saja perjalanannya, buka Google Maps sekarang, dan tengok di sebelah benua Afrika. InsyaAllah korang tak blur. Maka, secara asasnya, kebanyakkan orang kulit hitam di Afrika adalah orang Islam.

4. Bila kita tengok keadaan dunia hari ini, di Amerika saja, ramai tak orang kulit hitam? Di sebelah Eropah pun, ramai tak orang kulit hitam? Tetapi penduduk asal Eropah dan Amerika bukannya orang kulit hitam. Datang daripada mana orang kulit hitam ni?

Ha, ini adalah salah satu peristiwa dalam sejarah, yang dicatitkan dalam banyak buku, antaranya novel popular tahun 1976 bertajuk Roots : The Saga of An American Family. Kemudian novel ini diadaptasikan menjadi filem dan drama bersiri. Macam di Malaysia ini, novel diadaptasi menjadi drama. Tetapi kebanyakkannya novel cinta mengarut seperti drama Suamiku Mr Playboy, Suamiku ditangkap SPRM, dan sebagainya. Huhu. Kunta Kinte yang ada dalam novel itu memang nama betul dalam sejarah, dan sampai sekarang ada keturunannya di Amerika.

5. Macam mana orang kulit hitam ini boleh sampai ke Amerika dan sebelah Eropah? Ha, ini modus operandi yang dilakukan oleh sebahagian besar orang Yahudi, antaranya John Locke. Dulu, mereka pernah tubuhkan atau jadi pelabur utama dalam beberapa buah syarikat. Antara syarikat yang paling terkenal dalam sejarah adalah The Royal African Company, yang dimiliki oleh beberapa orang Yahudi. Di antara pemilik syarikat ini adalah John Locke. John Locke ni merupakan seorang bangsawan dalam kerajaan England dan berketurunan Yahudi. Dia seorang yang yang kaya-raya, cerdik, dan pakar perubatan. Kemudian tinggalkan bidang perubatan dan masuk bidang falsafah. Dia antara pengasas teori liberalisme. Ala, yang hari ini di Malaysia mula kecoh tentang geng liberal dan sebagainya. Now you know.

6. John Locke ni walaupun kaya raya sampai tak habis 7 keturunan, tetapi kekayaannya itu hasil daripada perniagaan penghambaan. Yang mana dia menculik orang Afrika dan bawa ke sebelah Amerika untuk dijadikan sebagai hamba. Malah ada juga hamba yang dibaptiskan lalu ditukar menjadi Kristian.

Dalam drama The Roots ni, kita akan dapat lihat watak orang kulit hitam ni bersunat, ucap Assalamualaikum dan sebagainya. Ini semua menjadi bukti bahawa asal mereka adalah orang Islam. Mereka ini di bawa ke Amerika dalam satu tempoh yang panjang. Ini bukan cerita yang berlaku dalam tempoh 10, 20 tahun saja, tetapi ini cerita yang mengambil masa kurun setengah. Projek penghambaan ini bermula seawal kurun ke-16, sekitar tahun awal 1640an. Mereka angkut sikit demi sikit, sampai makan beratus tahun. Maknanya, kerja orang Yahudi ni diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang lain.

7. Berapa juta orang Islam Afrika yang dijadikan hamba? Yang diangkut bawa balik ke Amerika dan Eropah tu sekitar berpuluh-puluh juta. Sebahagian daripada orang Afrika ni mati di atas kapal dalam perjalanan semasa menuju ke Amerika, lalu dihumban ke laut Atlantik. Sebahagian yang masih hidup tu sampai ke utara Carolina.

Di Carolina paling banyak sekali orang Afrika dibaptiskan dan dipaksa menjadi Kristian, hingga tahap hari ini orang kulit hitam dikenali sebagai orang Kristian. Sedangkan pada asalnya mereka ni orang Islam, namun dah akhirnya jadi satu bangsa lain.

8. Puak Yahudi ni memang berusaha tukar orang Islam menjadi bangsa Kristian secara beransur-ansur. Generasi pertama orang Afrika mungkin terpaksa, generasi kedua dah redha, generasi ketiga dah bersungguh menjadi Kristian, generasi keempat dan seterusnya siap jadi missionary Kristian lagi. Dan ia peristiwa ini hinggalah sekarang. Itu yang berlaku di Afrika.

10. Contoh lain, kita imbas pula apa yang berlaku di Filifina pula. Dulu, orang Islam di Filifina ni bukan hanya duduk di pulau Mindanao dan Sulu sahaja. Sedangkan Pulau Luzon itu sendiri asalnya adalah pulau orang Islam. Pulau Luzon tu dulu adalah sebuah kerajaan Islam, yang mana ibu negaranya bernama Fi Amanillah. Ada banyak sultan Islam yang memerintah di sana dulu, antaranya Sultan Muhammad Kabungsuwan, Sultan Soliman/Sulaiman dan lain-lain. Sultan Sulaiman adalah sultan terakhir yang memerintah sebelum berperang melawan tentera Sepanyol yang berpakat dengan seorang raja pengkhianat agama, iaitu Raja Humabon. Raja Humabon terpengaruh dengan Magellan, lalu murtad dan tukar jadi Kristian. Dia juga tukar nama kepada Carlos.

11. Tetapi lepas serangan penjajah Sepanyol yang dipimpin oleh de Legazpi datang, dimurtadkan hampir seluruh bangsa di sana menjadi bangsa Kristian, lalu bandar itu pun ditukar nama menjadi nama ‘Manila’. Dan ia kekal sampailah sekarang. Itu adalah sejarah bagaimana bangsa Filifina bertukar. Lagi satu, sebenarnya dulu tak ada nama Filifina. Setelah orang Islam kalah dan mati kena sembelih oleh Sepanyol, lalu diangkat satu nama sempena raja muda sepanyol, Felipe, seterusnya disebut sebagai ‘Islas de las Felipina’ atau filifina hari ini. Sedih kan? Kalau nak tahu juga, dulu populasi orang Islam sekitar 94 juta di filifina. Tetapi hari ini, hanya sekitar 5 peratus je! Huhuhu.

12. Tak berapa percaya? Jika kita baca sejarah Panglima Awang yang saya sebut dalam siri ke-5, kita akan dapati bahawa semasa Panglima Awang bersama Magellan sampai ke Pulau Chebu dan Pulau Maktan, dia boleh bertutur dalam bahasa tempatan dengan penduduk tempatan. Dia guna bahasa apa? Dia guna bahasa Melayu. Sebab mereka memang orang Islam Melayu.

Oh lupa nak sebut, Magellan akhirnya mati di Filifina dibunuh oleh satu panglima hebat, yang kehebatannya diiktiraf hingga masuk ke dalam game Mobile Legend. Siapakah dia? Iaitu Panglima Lapu-Lapu. Panglima Lapu-Lapu dan tenteranya berperang melawan Magellan, Panglima Awang (Enrique de Malacca) dan tentera mereka, akhirnya Magellan mati, Panglima Awang cedera, manakala tentera Magellan lari lintang pukang. Ini peristiwa sebelum tentera Sepanyol yang dipimpin de Legazpi datang. Jadi orang Islam bukan hanya di Mindanao dan Sulu saja, malah di Pulau Luzon, Pulau Chebu, Pulau Maktan dan sebagainya.

Tetapi apa jadi sekarang? Hampir majoriti murtad!

13. Begitu juga dengan Champa. Asalnya majoriti orang Melayu Champa, beragama Islam dan berketurunan Champa. Bahasa Champa tu sekitar 50% adalah bahasa Melayu. Tetapi jadi apa kepada penduduk Champa sekarang? Dah bertukar jadi satu bangsa Buddha. Negara tu pun dah jadi negara Vietnam, yang merujuk kepada bangsa yang menjajah, iaitu Dai-Viet. Jadi berlaku perubahan bangsa yang begitu dahsyat. Jadi ini yang berlaku kepada umat Islam.

Ini baru pemurtadan bangsa. Macam saya sebut, satu lagi bahagian adalah serangan pemikiran. InsyaAllah saya akan hurai dalam siri ke-7 pula. Saya tak nak tulis panjang-panjang sangat, nanti ada orang yang berpinar mata membaca. Hehe.

Siapa yang setakat ini baca bermula daripada siri 1 sampai 6? Komen “saya”, dan apa pendapat korang setakat ini? Sanggup baca lebih lanjut ke walaupun panjang-panjang? Hehe.

Moga manfaat. Macam biasa, boleh share ke mana-mana pun untuk manfaat ramai, tiada masalah. 

Shukery Azizan.
Tarbiah Sentap.

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
5 comments
  1. Saya, sanggup baca panjang-panjang. hehe. Boleh ke kongsikan sumber dari mana? sebab saya teringin nak baca juga.

  2. Saya baca dari awal hingga kini. Info yg mantap dan perkara baru bg saya. Gaya penceritaan menarik buat saya yg kurang meminati sejarah, blh baca sampai sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts