Tak peduli tekanan antarabangsa, Israel tetap mahu serang Rafah

Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan rancangannya menyerang Rafah, kawasan terakhir di Semenanjung Gaza yang belum menghadapi serangan darat.

Netanyahu menegaskan, Israel dianggap kalah kepada pejuang Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) jika pasukan penceroboh tidak meneruskan serangan di kawasan terakhir yang menjadi tempat perlindungan 1.4 juta penduduk Gaza.

“Sesiapa yang memberitahu kamu untuk tidak beroperasi di Rafah, bermakna ia memberitahu kami untuk kalah dalam perang dan itu tidak akan berlaku,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, pemimpin paling kejam itu turut berjanji kononnya akan meminimumkan korban awam di Gaza dalam serangannya ke atas Rafah.

Bahkan, dia turut mengulangi tuduhan kononnya Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai dan taktik perang dalam menghadapi pasukan penceroboh Israel.

Netanyahu berkata, tentera Israel akan terus bertindak terhadap Hamas di seluruh pelosok Gaza, termasuk kubu terakhirnya di Rafah.

Katanya, Israel akan bertahan daripada tekanan antarabangsa dan mengekalkan janjinya untuk terus menyerang Rafah sehingga memperoleh kemenangan penuh menentang Hamas.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts